27.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 31, 2020

Bekas Penolong Pengarah Bahagian Ukur Bahan, JKR Sarawak Hadapi Tujuh Pertuduhan Rasuah

Bekas Penolong Pengarah Bahagian Ukur Bahan, JKR Sarawak Hadapi Tujuh Pertuduhan Rasuah

Bekas Penolong Pengarah Bahagian Ukur Bahan, Jabatan Kerja Raya Sarawak, hadapi 7 pertuduhan bagi memperoleh suapan bernilai hampir 9 ribu ringgit.

Ismail Ahim dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur siang tadi, bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Bagi semua pertuduhan, Ismail didakwa memperoleh suapan menerusi akaun isterinya, Norinah Abdul Ghani.

Ia diterima daripada Inai Kiara Sendirian Berhad, bagi tujuan pembayaran ansuran kereta milik isterinya.

Perbuatan dilakukan antara 24 April 2007 hingga 18 Januari 2008, di sebuah bank di Taman Maluri Kuala Lumpur.


Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan penjara lebih 2 tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Hakim Mohd Nasir Nordin mengarahkan tertuduh membayar ikat jamin 21 ribu ringgit.

Manakala 7 November depan ditetapkan tarikh sebutan semula kes.

 

Berita Berkaitan

Siapa di belakang portal MalaysiaNow

Nama seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Malaysia Insight memang sudah dikenali. Sekarang timbul nama baru, MalaysiaNow....

Polis tahan Ronnie Liu, siasat kes hina Agong

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek Ronnie Liu...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Komen

..

Kenyataan Macron: Mahathir kena fokus kepada individu bukan serang negara & bangsa kata Najib

Bukanlah nak defend sangat tapi saya rasa dunia patut bertenang dan membaca kenyataan Tun Mahathir secara penuh dan dalam konteks penuh. Perlu adil kepada Tun...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan