32.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2020

Bekas Presiden MCA berterima kasih PM beri dana kempen

najib-chua-soi-lek-dana

“Saya sebut yang saya sudah menyertai politik selama 20 tahun dan melalui lima pilihan raya umum, kami tak pernah terima sesen pun daripada BN.

“Jadi semua bersetuju dan berterima kasih kepada beliau.

“Dan sewaktu pilihan raya, beliau menunaikan kata-katanya dan memberikan dana itu”.

Itu pengakuan bekas presiden MCA, Tan Sri Dr Chua Soi Lek berhubung dana kontroversi RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri dan digunakan untuk membiayai kempen parti komponen Barisan Nasional (BN).

“Saya ingat dengan jelas, saya yang pertama berterima kasih kepadanya,” kata Chua perjalanan satu mesyuarat majlis tertinggi BN sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei 2013.

Beliau bagaimanapun mengakui tidak pasti sama ada dana itu digunakan sepenuhnya untuk PRU13.

“Tentunya, tidak ada yang tahu jika ada sebahagiannya tidak digunakan untuk pilihan raya itu.

“Kerana itulah kita perlu menunggu siasatan selesai,” katanya yang turut memaklumkan menemui Datuk Seri Mohd Najib Razak sekalipun sudah bersara dari dunia politik.

Menurutnya, beliau memaklumkan kepada Perdana Menteri agar meneruskan usaha kerja keras meyakinkan orang ramai di peringkat akar umbi sekalipun mendapat sokongan kukuh di peringkat atasan.

“Saya beritahu beliau yang beliau masih ada banyak kerja perlu dilakukan. Beliau perlu meyakinkan orang ramai yang wang di dalam akaunnya tidak salah di sisi undang-undang.

“Selagi mana wang itu tidak datang daripada kerajaan atau 1MDB, tiada apa-apa yang salah.

“Kerana di Malaysia, tiada undang-undang mengkehendaki anda melaporkan sebarang wang yang didermakan orang bagi tujuan pilihan raya,” katanya.

Isu dana sumbangan RM2.6 bilion menjadi isu panas selepas laporan Sarawak Report dan The Wall Street Journal (WSJ) Julai lalu menyebut ianya berada di dalam akaun peribadi Najib.

Susulan itu pelbagai spekulasi dan fitnah tersebar antaranya mendakwa bahawa dana itu datangnya daripada SRC International, anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagaimanapun kemudiannya membersihkan 1MDB sebagai punca asal wang itu namun siasatan ke atas SRC International masih diteruskan.

Berita Berkaitan

Keputusan Presiden UMNO adalah ke arah pembubaran Parlimen, Anwar tak boleh jadi PM secara automatik

Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk...

Dah jadi macam kartun, bubar saja parlimen kata Tajuddin Rahman

Kemelut politik terbaru yang tercetus rentetan pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang...

42 ahli Parlimen DAP sokong Anwar PM sekiranya cukup bilangan bentuk kerajaan, kata Guan Eng

DAP hari ini mengesahkan 42 ahli Parlimennya akan memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim, sekiranya...

UMNO tidak halang wakil rakyat sokong Anwar

UMNO tidak dapat menghalang mana-mana ahli parlimennya yang ingin menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR). Presidennya,...

‘Saya dapat sokongan hampir dua pertiga Ahli Parlimen’ – Anwar

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin mempunyai majoriti hampir dua pertiga Ahli Parlimen...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan