Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng Mati Di Bangkok - pakdin.my

chin-peng-babi

Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng mati di sebuah hospital di Bangkok, pada pukul 6.20 pagi Isnin.

Beliau berusia 90 tahun.

Menurut laporan Bangkok Post, Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua mati akibat sakit tua.

Laporan itu juga menyebut saudara-mara akan mengadakan upacara pengebumian pada Jumaat.

Chin Peng yang lahir pada 21 Oktober 1924 mempunyai seorang anak lelaki di Malaysia sementara anak perempuaanya kini menetap di Australia.

Berdasarkan laporan, Chin Peng mempunyai empat orang abang.

Seorang daripadanya merupakan bekas guru besar di Ipoh sementara seorang lagi merupakan ahli perniagaan di Pulau Pinang.

Manakala dua yang lain bekerja sebagai jurutera di New Zealand.

Chin Peng diberikan pasport orang asing oleh kerajaan Thailand dan hidup dalam buangan selepas mengetuai pemberontakan gerila PKM dan berjuang menentang British dan tentera Komanwel untuk menubuhkan sebuah negara Komunis bebas.

Pemberontakan komunis gagal dan beliau hidup dalam buangan di Thailand serta tidak dibenarkan untuk kembali ke Malaysia

Pada 2008, cubaan bekas pemimpin komunis ini untuk mendapatkan perisytiharan dibenarkan masuk dan hidup di Malaysia terhalang selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memintanya mengemukakan dokumen kelahiran dan kewarganegaraan untuk membuktikan dirinya warganegara Malaysia sebelum beliau boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Malaysia.

Haprak pakatan dah mula meratapi kematian Ketua pengganas komunis Malaya Chin Peng
Haprak pakatan dah mula meratapi kematian Ketua pengganas komunis Malaya Chin Peng
UTAMABekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng Mati Di Bangkok

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium