Bekas Timbalan Pengarah JANS Mengaku Tak Bersalah Seleweng RM32juta - pakdin.my

Apabila sejumlah besar wang tunai telah dirampas di Sabah, macai Pakatun mengatakan bahawa tidak akan ada kes atau NFA dan mereka tidak akan didakwa.

Mereka mengatakan ini semua wayang dan kerajaan tidak serius mengenai rasuah.

Nah, inilah pendakwaannya. 146 pertuduhan.

*********************
Bekas Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah, Teo Chee Kang mengaku tidak bersalah atas 146 pertuduhan pecah amanah membabitkan jumlah wang sebanyak lebih RM32 juta.

Kesemua pertuduhan terhadap Chee Kong, 52, dibacakan di hadapan Hakim Nixon Kennedy Kumbong, di Mahkamah Sesyen hari ini.

Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan tersebut dalam tempoh 12 tahun bermula tahun 2005 hingga 2016.

Sebanyak 78 daripada pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) manakala 68 lagi di bawah Seksyen 4(1)(a) AMLA.

Ketika prosiding, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Mohd. Hafiz Hashim manakala tertuduh diwakili peguam Roland Cheng dan Hamis Ismail.

Semasa berhujah, Tengku Amir meminta mahkamah menetapkan nilai jaminan RM10 juta sebagai syarat pembebasan tertuduh, bagaimanapun perkara tersebut dibantah oleh pihak pembelaan.

Nixon kemudiannya memerintahkan tertuduh diikat jamin dengan nilai RM1.5 juta manakala pasportnya diserahkan kepada mahkamah serta menetapkan tarikh pengurusan kes pada 16 Januari tahun depan.

Pada November tahun lalu, bekas Pengarah dan Timbalan Pengarah JANS bersama-sama 23 jurutera dan juruteknik ditahan bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penyelewengan dana projek di bawah JANS dalam beberapa siri operasi sejak Oktober lalu.

Susulan itu, satu pasukan khas diketuai oleh Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM telah ditubuhkan bagi meneliti dan merangka perkara itu.

Selepas meneliti dan mengenal pasti penemuan serta kelemahan-kelemahan yang berlaku, pasukan itu akan merangka beberapa cadangan bagi penambahbaikan ke atas amalan, sistem dan prosedur kerja pegawai dan kakitangan JANS.

UTAMABERITABekas Timbalan Pengarah JANS Mengaku Tak Bersalah Seleweng RM32juta

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium