Bela Burung Tempua, Simpan Sarangnya Satu Kesalahan – Perhilitan - pakdin.my

Sarang burung tempua menjadi hiasan disalah sebuat stesyen komuter KTMB.

Penduduk di negeri ini diingatkan bahawa perbuatan membela burung tempua atau menyimpan sarangnya merupakan kesalahan yang membawa hukuman berat termasuk penjara sehingga lima tahun dan denda sehingga RM500,000.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Terengganu Yusoff Shariff berkata membela burung itu termasuk di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar Tahun 2010 (Akta 716) yang menggantikan Akta Perlindungan Hidupan Liar Tahun 1972 (Akta 76) yang berkuat kuasa sejak Disember 2010.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Yusoff berkata menjadi satu kesalahan bagi sesiapa yang memelihara hidupan liar seperti burung tempua atau menyimpan sarangnya yang dilindungi sepenuhnya oleh Perhilitan.

“Selain burung tempua dan sarangnya, orang ramai juga dilarang sama sekali memburu atau memasang jerat binatang lain yang turut dilindungi seperti tuntung, burung tiong jambul mas, puyuh hutan, burung pacat bukit dan barau-barau,” katanya.

Turut dilindungi ialah gecko-gecko, katak demam, serangga riang-riang dan pipit pinang.

UTAMABERITABela Burung Tempua, Simpan Sarangnya Satu Kesalahan - Perhilitan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium