Array

Belalai Air Di Bintulu Dan Miri Tidak Membawa Bencana (video)

belalai-air-bintulu

Pagi semalam, gara-gara fenomena belalai air, penduduk berhampiran Pantai Kidurong di utara Sarawak gempar.

Mujur tiada sebarang kejadian tidak diingini dilaporkan.

Kejadian turut dimuat naik dalam laman web sosial Facebook dan Twitter.

Berdasarkan rakaman yang kami ambil dari Youtube ini, kejadian belalai air ini agak besar.

Daripada beberapa reaksi yang diberikan, ada penduduk menyangka kejadian tersebut adalah puting beliung.

Di Bintulu dan Miri, beberapa lagi kejadian sama dilaporkan.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Meteorologi di Kuching berkata kejadian belalai air atau puting beliung kecil biasanya berlaku di kawasan persisiran pantai.

Belalai air tidak membawa bencana dan akan hilang apabila menghampiri permukaan darat.

 

 

Berkaitan