Wednesday, June 23, 2021
POLITIKBelanjawan 2013 Selangor Tiada Yang Istimewa - Ketua Pembangkang Selangor @satimdiman

Belanjawan 2013 Selangor Tiada Yang Istimewa – Ketua Pembangkang Selangor @satimdiman

Satim Diman

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Datuk Mohamad Satim Diman menyifatkan Belanjawan 2013 Selangor yang dibentang pada Isnin tidak mempunyai sebarang keistimewaan yang boleh dibanggakan.

Beliau sebaliknya berkata pembentangan belanjawan itu adalah satu cubaan untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada mempersoalkan janji Parti Keadilan Rakyat, PAS dan DAP yang tidak dapat dilaksanakan sejak pilihan raya umum lepas.

Ini kerana, katanya berdasarkan belanjawan negeri itu, kerajaan negeri hanya memberikan tumpuan kepada janji baru dengan melaksanakan projek mega seperti pembinaan jambatan ketiga di Klang, penggunaan Storm Water di hiliran sungai dan menaik taraf saliran dan membina rumah mampu milik pasang siap.

“Namun, apabila meneliti belanjawan negeri 2013, kerajaan negeri tidak menyalurkan kepada program pembangunan rakyat seperti penyelesaian kepada masalah petani dan usahawan… yang kita nampak projek mega sahaja.

“Sepatutnya, kerajaan negeri dalam belanjawan kali ini memberi tumpuan kepada usaha menyelesaikan janji-janji yang dibuat kepada rakyat pada pilihan raya umum 2008, bukan buat janji ataupun program baru,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pembentangan Belanjawan 2013 berjumlah RM1.63 bilion oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sidang DUN di sini, Isnin.

Dalam belanjawan bertemakan ‘Selangor Peneraju Ekonomi Malaysia’, sebanyak RM996.98 juta atau 61 peratus adalah untuk perbelanjaan mengurus, manakala RM633.01 juta atau 39 peratus untuk perbelanjaan pembangunan.

Abdul Khalid turut mengumumkan peruntukan wang rizab kerajaan negeri sebanyak RM500 juta yang antara lain akan digunakan untuk membina jambatan ketiga di Klang yang menelan belanja RM300 juta serta RM100 juta bagi memulakan pelaksanaan penggunaan Storm Water di hiliran sungai sebagai air terawat.

Manakala peruntukan RM100 juta lagi akan dibelanjakan untuk membaiki dan menaik taraf sistem saliran di Selangor serta membina rumah mampu milik pasang siap yang dikendalikan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.

Berkaitan:

Terkini

Popular

Video

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here