27 C
Kuala Lumpur
Friday, February 26, 2021

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini, seharusnya menyuntik lebih “semangat” ke arah jalan pemulihan dengan kerajaan sentiasa menyokong pengembangan dan pertumbuhannya.

“Seperti yang diketahui untuk tahun ini kerajaan telahpun menyatakan kita akan mengalami defisit fiskal antara 5.8-6.0 peratus dan itu sudahpun dijangkakan kerana Malaysia memerlukan langkah-langkah fiskal,” kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia Jessica Chew semasa berlangsungnya taklimat maya untuk editor perniagaan bersempena laporan Tinjauan Kestabilan Kewangan – Separuh Pertama 2020 yang dikeluarkan di sini hari ini.

Chew berkata langkah-langkah itu adalah penting dalam persekitaran semasa bagi menyokong pemulihan negara dan kerajaan kekal komited ke arah pengukuhan dalam jangka masa sederhana dan ia mempunyai rekod prestasi baik dalam memberikan hasil dalam tempoh sederhana hingga panjang.

Beliau berkata sementara bank pusat turut bimbang mengenai peningkatan dalam jumlah kes COVID-19, ia yakin dengan langkah-langkah yang diperkenalkan kerajaan serta ekonomi terbuka yang disokong kerajaan yang sememangnya memainkan berperanan penting dalam mewujudkan pekerjaan dan pertumbuhan pendapatan.

“Secara umumnya, ekonomi beroperasi tidak seperti sebelumnya. Dan sektor luaran juga telah pulih. Jadi, kita mungkin akan menyaksikan di beberapa negara kemunculan kembali dalam jumlah kes, tetapi sekiranya kita melihat kepada jumlah makro, secara umumnya, ia bertambah baik di seluruh dunia.”

Malaysia baru-baru ini telah menaikkan had hutang negara kepada 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada 55 peratus dan semakan ini dibuat berikutan jangkaan defisit fiskal yang lebih tinggi tahun ini di celah-celah suntikan fiskal ke dalam ekonomi, iaitu 3.6 peratus daripada KDNK.

Putrajaya telah melancarkan pakej rangsangan bernilai RM305 bilion sejak bermulanya pandemik bagi membantu rakyat dan perniagaan menangani impak COVID-19.

SumberBERNAMA

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.