26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2020

Belum Ada Keputusan Agihan Kerusi Antara PKR Dan DAP Di Kedah – Anwar

Pimpinan pusat pakatan pembangkang akan bermesyuarat Rabu ini bagi membincangkan isu pengagihan kerusi antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP Kedah selepas kedua-dua parti itu di peringkat negeri gagal mencapai sebarang keputusan.

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sehingga kini perbincangan antara kedua-dua pihak di peringkat negeri tidak mencapai sebarang keputusan, justeru perkara itu akan diputuskan oleh pemimpin di peringkat pusat.

“Masing-masing sudah kemuka pandangan dan adakan perbincangan mengenai perkara itu, kalau tak selesai peringkat negeri kita akan bawa ke peringkat jawatan kuasa pusat,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PKR Kedah, di Suka Menanti di sini.

Anwar berkata perbincangan mengenainya akan diadakan di peringkat pusat pada mesyuarat parti itu Rabu ini.

Beliau berkata, keputusan muktamad mengenai pengagihan kerusi itu hanya akan diumumkan apabila tarikh pilihan raya ditetapkan nanti.

Keputusan tidak dapat dicapai apabila DAP yang hanya bertanding dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 2008 iaitu Kota Darulaman dan Derga, meminta empat lagi kerusi DUN daripada PKR, selain bercadang untuk bertanding dua kerusi Parlimen.

Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik sebelum ini dilaporkan berkata, parti itu bercadang untuk meletakkan calon di DUN Gurun, Bakar Arang, Lunas dan Bakar Bata, manakala dua kerusi Parlimen iaitu Alor Setar dan Padang Serai.

Berita Berkaitan

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Hisham: Umno perlu waspada, sedar bahaya sokong Anwar

Hishammuddin tak payah gelabah dan keluar kenyataan mengarut lah. Tak ada siapa dari UMNO...

Saya akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, kalau bawa kepada pilihan raya mengejut, kata Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin...

Poster ucapan tahniah atas upacara angkat sumpah Anwar adalah palsu kata AMK PKR

Berikutan penafian AMK mengenai desas-desus bakal mengangkat sumpah pada Jumaat ini, mengesahkan Anwar mengulangi...

Keputusan Presiden UMNO adalah ke arah pembubaran Parlimen, Anwar tak boleh jadi PM secara automatik

Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk...

Dah jadi macam kartun, bubar saja parlimen kata Tajuddin Rahman

Kemelut politik terbaru yang tercetus rentetan pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden Warisan beri alasan ini semua salah BN. Tahun 2019: Pertumbuhan ekonomi...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden Warisan beri alasan ini semua salah BN. Tahun 2019: Pertumbuhan ekonomi...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan