Belum dituduh di mahkamah, kenapa Najib perlu berehat? - pakdin.my

najib-1mdb-kenapa-perlu-berehat

Golongan tertentu yang mempunyai agenda tersembunyi untuk menghuru-harakan negara mengatur dan menyusun seara terperinci fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

“Pihak ini adalah golongan tidak bertanggungjawab dan tidak mempunyai sifat seorang manusia sejati kerana melontar tuduhan tanpa berasas yang lebih dilihat sebagai busuk hati,” kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

Tindakan mereka katanya mempertontonkan sikap busuk hati terhadap imej dan kepimpinan Najib serta kemakmuran negara.

“Beliau dilanda fitnah bertubi-tubi dan perbuatan segelintir pihak ini cukup jijik kerana sentiasa iri hati dengan kestabilan politik, sosial dan kemakmuran ekonomi negara,” katanya mengulas pelbagai dakwaan dilemparkan terhadap Najib termasuk laporan The Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa kira-kira AS$700 juta (Rm2.6 bilion) dana milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disalurkan ke akaun peribadi perdana menteri.

“Saya percaya perdana menteri seorang tabah dan bijak berdepan situasi berkenaan berdasarkan pengalaman politik yang dilaluinya selama ini dan saya juga berharap biarlah fitnah ini berhenti,” katanya di Melaka, Isnin.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin pula berkata, golongan muda seharusnya berfikiran lebih matang dan tidak menerima sebarang laporan berita secara bulat-bulat, sebaliknya menyeru mereka berusaha  menyemak kesahihan sesuatu berita.

“Kalau tidak menilai sesuatu berita itu secara rasional, kita tidak boleh menjadi sebuah masyarakat yang matang,” katanya.

Dalam pada itu beliau katanya, tidak melihat keperluan untuk Perdana Menteri berehat daripada menjalankan tugas lantaran belum ada sebarang pertuduhan dijatuhkan terhadapnya.

“Beliau masih lagi tidak terbukti melakukan apa-apa kesalahan. Perkara tersebut tidak timbul beliau perlu rehat atau pun tidak.

“Sebab dalam kes sebelum ini apabila ahli politik dituduh di mahkamah, kita minta mereka rehat. Pernah berlaku kepada menteri besar dan ketua menteri,” katanya sambil menambah bahawa senario itu berbeza dengan apa yang pernah dialami pemimpin parti itu sebelum ini.

Mereka diminta berehat apabila kes mereka dituduh di mahkamah dan dilakukan bertujuan memudahkan urusan perbicaraan, katanya dalam majlis berbuka puasa Pemuda Barisan Nasional di ibu negara, Isnin.

UTAMAEDITORIAL1MDBBelum dituduh di mahkamah, kenapa Najib perlu berehat?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium