Benarkah Jabatan Kimia Malaysia Tidak Mempunyai Tauliah Seperti Dakwaan Peguambela Anwar ? - pakdin.my

Apakah benar Jabatan Kimia di Petaling Jaya tidak mempunyai tauliah manndatori untuk sesebuah makmal? Atau peguambela Anwar Ibrahim sengaja mahu jerat leher mereka sendiri?

Anwar Ibrahim pasti marah kerana peguambela beliau tidak buat homework dengan teliti dan menambah malu beliau!

 

 

 

Prosiding juga menyaksikan pertikaman lidah antara Ram Karpal dan Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden apabila peguam itu membangkitkan isu akreditasi makmal-makmal Jabatan Kimia Malaysia.

Mohamed Yusof membantah apabila Ram Karpal cuba menunjukkan kepada Dr McDonald salinan surat bertarikh 5 April tahun ini dialamatkan kepada pengarah bahagian forensik jabatan itu Lim Kong Boon, daripada American Society of Crime Laboratory Directors (ASCLD), kerana beliau (McDonald) bukan penerima surat itu.

Surat itu menyatakan bahawa lembaga pengarah ASCLD masih menimbangkan permohonan jabatan itu bagi lanjutan enam bulan lagi bagi mendapatkan akreditasi ASCLD, dari 18 April, 2011 hingga 18 Okt, 2011.

Hakim Mohamad Zabidin menasihatkan peguam bela itu menghubungi Lim bagi pengesahan surat itu.

Ram Karpal memberitahu pemberita kemudiannya bahawa sapina telah dikeluarkan ke atas Lim.

 

Pihak pembela telah memainkan isu tamat tempoh akreditasi – Department of Chemistry Malaysia Forensic Division, Petaling Jaya yang tamat tempoh pada 18 Oct 2010 :

Tetapi tidak dibaca bersama surat melanjutkan tempoh akridetasi makmal seperti di atas yang akan berakhir pada 18 Oct 2011..

Kedua2 surat tersebut bersumberkan American Society of Crime Laboratory Directors/Laboratory Accreditation Board (ASCLD/LAB). Boleh disemak di laman web  http://www.ascld-lab.org

UTAMABERITABenarkah Jabatan Kimia Malaysia Tidak Mempunyai Tauliah Seperti Dakwaan Peguambela Anwar ?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium