Benarkah Rakyat Malaysia Sedang Menderita & Ikat Perut? - pakdin.my

Pembangkang selalu mengatakan sekarang ini negara kita susah. Negara hendak bankrup dan muflis. Pembangkang cakap lagi, rakyat negara ini sedang ikat perut dan sedang menderita. Itulah cerita yang dibawa oleh pembangkang.

Sejauh mana benarnya cerita itu belum pun diselidiki, tetapi ramai sudah percaya dan termakan dengan hujah itu. Benarkah rakyat Malaysia ini sedang ikat bata di perut dan menderita?

Hujah mengenai negara hendak bankrap dan muflis ternyata bohong semata mata. Statistik sudah membuktikan bahawa perkembangan ekonomi di Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia ketika ini. Ringgit pun semakin mengukuh, Bloomberg dan World Bank telah iktiraf kestabilan ekonomi Malaysia ini.
http://www.theedgemarkets.com/article/bloomberg-ringgit-still-climbing-path

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=statistic_nsdp

Semalam viral di media sosial, gambar ribuan orang beratur di KLIA, Sepang. Bersesak sesak hendak menaiki kapal terbang. Zaman dulu dulu, gambar sesak begini hanya boleh dilihat di stesen bas Puduraya, tetapi kini rakyat Malaysia beratur di lapangan terbang. Ini bermakna pendapatan rakyat bertambah, ada duit lebih boleh beli tiket kapal terbang.
http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/klia-sesak-sejak-jumaat-1.762819

Semalam juga, ramai orang ke kaunter ATM untuk menyemak baki dalam akaun masing masing. Ada yang bersyukur bila melihat baki di bank sudah bertambah. Ini kerana semalam duit BR1M sudah pun masuk mulai semalam hingga 31 Disember 2017 untuk pembayaran sehingga RM1,200.

Berapa ramai yang dapat manfaat BR1M ini? Sejumlah 7 juta orang menikmati BR1M. Kira kira 22.5% rakyat negara ini menikmati pembayaran BR1M semalam. BR1M inilah yang dulu dikatakan rasuah dan dedak oleh pemimpin itu. Namun kini BR1M ini tidak kata begitu lagi, DAP pun sudah mahu beri BR1M kalau mereka memerintah.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Food and Agriculture Organization, Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu, rakyat Malaysia membuang 33,000 tan sampah setiap hari pada tahun 2015. Sampah yang dibuang itu kalau dikumpulkan melibatkan kawasan seluas 0.18 kilometer persegi.

8,000 tan daripada sampah harian yang dibuang oleh rakyat Malaysia  itu adalah sampah berjenis makanan. 8,000 tan makanan yang dibuang ini boleh dinikmati hidangannya oleh 7 juta orang. Jika dihimpunkan dalam masa 18 hari, sampah makanan ini boleh jadi setinggi bangunan KLCC.

Berbanding dengan negara negara lain, sampah makanan yagn dibuang oleh rakyat Malaysia adalah 0.54 per kilogram. Jumlah yang tinggi berbanding Hong Kong (0. 5 per kilogram), Singapura (0.36 per kilogram), Taiwan (0.35 per kilogram), Amerika Syarikat (0.30 per kilogram) dan Korea Selatan (0.29 per kilogram).
http://www.fomca.org.my/v1/index.php/2-uncategorised/252-kesedaran-pengurusan-sisa-makanan-masih-mengecewakan

Bermaksud, orang Malaysia tidaklah ikat perut. Orang Malaysia banyak buang makanan sebagai sampah. Orang Malaysia ini mewah, makanan pun dibuang sebagai sampah berbanding negara negara lain yang disebutkan tadi.

Orang Malaysia juga tidak ikat perut kerana mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan seramai 5.5 juta orang Malaysia mengalami obesiti. Orang Putrajaya paling ramai obesiti dengan 43%, Melaka dan Perlis 36%, Negeri Sembilan 35.6% dan Kedah 33.2%.
http://m.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/separuh-rakyat-malaysia-obesiti-menteri-runsing

Menurut statistik World Obesity 2015, Malaysia adalah antara negara tertinggi obesiti di Asia bersama sama dengan negara Kazakhstan, Arab Saudi, Uzbekistan, Iran dan Iraq. 15% lelaki dewasa obesiti dan 20.6% wanita dewasa mengalami obesiti. Di Asia Tenggara, Malaysia adalah negara yang tertinggi sekali.
https://www.worldobesity.org/data/map/overview-adults#country=MYS

Di Venezuela harganya minyak adalah RM0.04 sen seliter  tetapi di sana sejumlah 26.4% rakyatnya tidak bekerja atau sejumlah 8.4 juta orang tidak tiada pekerjaan. Negara yang paling murah harga minyak tetapi tiada pekerjaan untuk rakyatnya.
https://www.reuters.com/article/us-venezuela-economy/job-losses-low-wages-add-to-venezuela-economic-hardship-idUSKBN16926M

Ada rakyat Venezuela hidup senang dan makin baik bila minyaknya murah? Sedozen telur ayam berharga RM650 di Venezuela. Kenapa harga telur ayam di sana mahal sedangkan harga minyaknya murah? Sepatutnya jadi murah sebab Rafizi kata kalau harga minyak turun maka harga barang akan turun. Ini bermakna teori Rafizi ini mengarut sama sekali.
http://money.cnn.com/2017/11/22/news/economy/venezuela-currency-crash/index.html

Sampai bertan tan makanan dibuang sebegitu sahaja oleh rakyat Malaysia. Ada yang makan lebih hingga buncit dan obesiti di Malaysia. Ada yang ada duit lebih melancong lagi ke luar negara menaiki kapal terbang. Itu belum dikira mereka yang mengganggur tiada kerja tetapi sanggup bertumbuk beli kasut Adidas berharga RM1,000 sepasang.

Jadi, pembangkang tidak usahlah guna hujah bahawa di negara ini ramai rakyatnya ikat perut. Yang turun berdemonstrasi dengan pembangkang pun perutnya sihat sihat belaka. Itu pun hendak sebar cerita kononnya rakyat Malaysia hidup susah dan menderita lagi?  Hentikanlah cerita itu, mari kita kekalkan keamanan negara kita. Jauhilah cerita cerita fitnah ini.

UTAMAEKONOMIBenarkah Rakyat Malaysia Sedang Menderita & Ikat Perut?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium