33.5 C
Kuala Lumpur
Friday, October 23, 2020

Bendahari PAS N. Sembilan meninggal dunia ketika #HPU914

انّا للہ و انّا الیہ راجعون
SEREMBAN – Bendahari Pas Negeri Sembilan, Mustafa Dolah, 67, meninggal dunia setelah diserang sakit jantung dan angin ahmar ketika menghadiri Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, pagi tadi.

Allahyarham digegaskan ke Hospital Kuala Lumpur sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Ketua Penerangan Pas Negeri Sembilan Badzli Bakar berkata Allahyarham merupakan seorang yang amat komited terhadap perjuangan parti.

“Pas Negeri Sembilan mengucapkan takziah kepada keluarga dan kita merasa sangat sedih atas pemergian Allahyarham,”katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata arwah pernah menjadi calon Pas bagi Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu dan menjadi Bendahari Pas Negeri Sembilan sejak tahun 2017.

Sebelum menyertai politik Allahyarham berkhidmat dalam bidang perguruan sejak 1979 sebagai guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King George V, Seremban (1979-1982) dan seterusnya berkhidmat sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban (1983-1987), Institut Perguruan Darulaman, Jitra, Kedah (1990-1996) dan Kolej Tunku Kurshiah, Seremban (1996-1998),
Selepas itu, beliau kembali ke sekolah sebagai Guru Penolong Kanan (HEP) di Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu, Negeri Sembilan (1998-2001) dan Pengetua di dua sekolah iaitu SMK Taman Semarak, Nilai (2001-2003) dan SMK Agama (SMKA) Pedas, Rembau (2003-2008).

Badzli berkata jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Taman Perkuburan Taman Paroi Jaya sekitar jam 12 tengahari tadi.- BERNAMA






Berita Berkaitan

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa...

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan