Bendung segera penularan penyakit influenza A - pakdin.my

Penyebaran virus influenza A harus ditangani segera oleh kerajaan dan Kementerian Kesihatan, tegas Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir.

Beliau berkata, isu ketidakcukupan bekalan ubat serta katil di hospital wajar dibendung secepat mungkin.

Ini kerana katanya, jangkitan influenza atau flu sangat mudah tersebar apabila dalam beberapa hari sahaja jangkitan itu menular bermula dari Pulau Pinang sehingga dikesan berlaku di ibu kota Kuala Lumpur.

Kata beliau, lebih membimbangkan pesakit yang dijangkiti influenza A bukan sahaja mengalami demam, batuk dan selsema, malah menyebabkan jangkitan teruk kepada kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung dan boleh membawa kepada kes kematian.

“Perkara ini tidak sewajarnya dibiarkan berlarutan. Kerajaan seharusnya menyediakan pelan alternatif bagi mengatasi masalah kekurangan katil agar pesakit mendapat perlindungan sepenuhnya, sekali gus mengurangkan penyebaran virus berlaku.

“Selain itu, kerajaan juga perlu memastikan suntikan vaksin influenza mencukupi bagi menampung semua golongan sama ada kanak-kanak mahupun dewasa.

“Sewajarnya juga kementerian mengambil langkah drastik bagi memastikan suntikan imunisasi kepada virus influenza A diambil oleh seluruh rakyat agar setiap individu selamat dari diserang virus tersebut,” katanya di sini hari ini.

Beliau berharap virus itu terus dibendung daripada penularan lebih luas dengan mengambil langkah proaktif bagi menjaga nyawa setiap rakyat.

 

UTAMAGAYA HIDUPBendung segera penularan penyakit influenza A

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium