[Video] Benteng lombong di Tronoh Mines pecah - pakdin.my

Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda

KAMPAR: Sebuah lombong di Tronoh Mines dekat sini pecah mengakibatkan berlaku limpahan air atas jalan raya menghubungkan Tronoh Mines dengan Taman Cahaya sejauh kurang satu kilometer.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.17 petang memaklumkan kejadian itu.

“Sebaik sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Kampar diketuai Pegawai Bomba, Jamali Mohd Rohimi tiba di tempat kejadian mendapati benteng lombong itu sudah pecah kira-kira 30 peratus.

“Ia mengakibatkan berlaku limpahan air lombong atas jalan raya berkenaan setinggi paras lutut,” katanya di sini malam ini.

Beliau berkata, setakat ini tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda berlaku manakala laluan berkenaan ditutup kepada semua kenderaan.

Beliau berkata, pasukannya masih berada di tempat kejadian bagi melakukan pemantauan berterusan terhadap kejadian berkenaan.

LIHAT video
https://youtu.be/qf780RyKndU

UTAMABERITA Benteng lombong di Tronoh Mines pecah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium