27.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 26, 2020

Berhati-hati Dengan Kelicikan COMANGO

 comango

Umat Islam di Malaysia pada dasarnya sedia maklum akan tuntutan-tuntutan COMANGO yang bertentangan dengan Islam.   Antaranya ialah hak pengamal seks songsang dan juga hak untuk murtad bagi orang Islam.

Selain itu, COMANGO juga lantang memperjuangkan hak memilih agama bagi anak-anak yang terlibat dalam penceraian di mana ibu atau bapa telah memilih untuk menukar agama.   COMANGO berhujah berasaskan Child Rights Convention (CRC)  yang mana Malaysia telah menandatanganinya, namun tidak melaksanakan sepenuhnya.

Dan pada 11 Mac lalu, COMANGO sekali lagi membawa tuntutan-tuntutan mereka ke UPR pusingan kedua dan mendesak agar CRC dilaksanakan sepenuhnya.

Apa yang umat Islam di Malaysia mungkin terlepas pandang ialah dengan perlaksanaan CRC secara total, COMANGO boleh berhujah bahawa kanak-kanak di Malaysai tidak perlu tertakluk kepada agama ibubapa.   Oleh itu, kes rakyat Malaysia di Sweden yang didakwa kerana memukul anak atas alasan mendidik cara Islam dikhuatiri menjadi rujukan utama dalam memperkatakan CRC di sini.

Dengan sikap COMANGO yang begitu agresif, kita percaya, gabungan itu hanya memerlukan satu kes sahaja yang boleh dirujuk untuk mendesak agar kanak-kanak tidak diwajibkan mengikut agama ibubapanya.

Walaupun COMANGO tidak mendesak kepada perkara ini secara terbuka, segala kemungkinan perlu difikirkan terlebih dahulu, dalam memperkatakan perlaksanaan CRC sepenuhnya, yang mana pada dasarnya kelihatan adil lagi murni.   Ini kerana, kita cukup maklum akan kelicikan COMANGO dalam gerakan mereka.

Kita tahu bahawa COMANGO adalah gabungan NGO yang memusuhi Islam walaupun gabungan itu menafikan sekeras-kerasnya.   Hujah ini adalah berdasarkan sokongan COMANGO kepada Kristian dalam isu Kalimah Allah walaupun ia jelas berat sebelah serta tidak berpijak di bumi nyata.

COMANGO menyebelahi Kristian walaupun tidak mampu berhujah dengan bernas mengenai keperluan untuk Kristian menggunakan Kalimah Allah.  COMANGO juga gagal menyenaraikan kebaikan mahupun keburukan kepada penganut  Kristian jika tidak menggunakan kalimah Allah.  COMANGO menyokong Kristian tanpa mengambilkira kesannya kepada perpaduan dan keamanan negara.


COMANGO memilih untuk menyokong Kristian tanpa sedikit pun mengambilkira hujah di pihak Islam.  Di masa yang sama, individu yang menerajui COMANGO sering menghina dan memperlekeh pihak yang mempertahankan Islam sebagai kolot mahupun bodoh.   Sikap COMANGO ini memperlihatkan gabungan itu sebagai pihak yang jumud, tidak rasional dan emosional kerana tidak mampu menerima perbezaan pendapat serta fahaman.

Justeru itu, umat Islam perlu berhati-hati dan berfikir jauh ke hadapan  dalam meneliti hujah COMANGO.

Walaubagaimanapun, andainya Malaysia terpaksa melaksanakan CRC sepenuhnya, maka satu perkara yang COMANGO harus terima ialah ia perlu merangkumi semua agama.

Ini bermakna, jika COMANGO berhujah bahawa kanak-kanak tidak harus mengikut agama ibubanya dan perlu menunggu usia dewasa untuk memilih agama sendiri maka penganut Kristian juga tidak harus membawa anak-anak mereka ke gereja lagi.    Begitu juga dengan penganut Buddha dan Hindu.

Adalah tidak adil jika COMANGO cuma melihat CRC dari sudut agama Islam dan cuba menghalang umat Islam mendidik anak dengan cara sendiri.   Ibubapa bertanggungjawab dan berhak mendidik dan membentuk anak-anak mengikut cara masing-masing asalkan tidak memudaratkan si anak, mahupun masyarakat.

Menyekat ibubapa dari mendedahkan anak-anak kepada agama yang dianuti secara langsung menafikan hak ibubapa itu sendiri.

Jika COMANGO benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan hak asasi manusia, maka COMANGO juga wajib memperjuangkan hak ibubapa dalam menentukan agama anak-anak mereka.

Akhir kata, anggaplah artikel ini sebagai peringatan kepada COMANGO agar tidak ‘terbabas’ dalam memperjuangkan hak asasi manusia.   Ingatlah, semua perkara di dunia ini ada batasnya.  Sesuatu yang tidak punya batasan adalah mustahil untuk dikawal.

Berita Berkaitan

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Lelaki maut alat pemadam api meletup depan rumah

SUNGAI PETANI: Lelaki maut selepas pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya di...

Tiga lagi MPV mewah bernilai RM750,000 disita SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita tiga lagi kenderaan mewah milik ejen...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...