Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan menggesa mana-mana ahli UMNO untuk berhenti menjadikan Presiden sebagai alasan untuk keluar parti.
Tegasnya, kepada mereka yang hendak tinggalkan UMNO, fikirlah bahawa kesetiaan adalah sifat terpuji.
“Rakyat terbanyak tidak suka kepada mereka yang khianati perjuangan dan tinggalkan kawan. Berhentilah jadikan Presiden UMNO sebagai lasan. Anda keluar (UMNO) atas sebab yang rasanya lebih kepada kepentingan peribadi,” katanya yang dipetik menerusi Twitter beliau hari ini.
Dalam masa yang sama, beliau turut memaklumkan tidak akan keluar dari UMNO kerana telah menang (kerusi Parlimen) bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) mewakili UMNO dengan menggunakan lambang Barisan Nasional (BN).
“UMNO telah banyak berjasa kepada bangsa Melayu dan rakyat Malaysia. Saya telah aktif sejak awal jadi Pengerusi Kelab UMNO Wellington, New Zealand UMNO demi agama, bangsa dan tanah air,” katanya lagi.
https://pakdin.my/tag/lompat-parti
Sungguh. Satu lagi dah keluar tu, esok esok jangan merayu menangis kata nak join umno semula
Sy hormat n salute dato.
Inilah pemimpin.
Sbnr nya keluar tu semua penyakit. Hidup d buru ketakutan.
Yg tinggal yg betul2 bersih.
Dengarlah suara akar umbi sebelum terlambat.. Pucuk lama perlu ditukar segera
#setujuyb
#presidenumnoahli2umnoyangpilih
Orang dah biasa senang dok atas pokok tualang, mana nak tengok kebawah gayat,bila dah jatuh mereka cari jalan cam mana nak panjat pokok yang lain pulak,inilah maknusia tak ada perinsip jati diri,amat2 merugikan.
terbaik ahmad Maslan …saya juga rakyat yg tidak akan berhenti dr menyokong UMNO
Sapa2 yg keluar tu adalah spy dlm Umno. Umno dah roboh dibuatnya keluarlah diorg tu. Geramnya aku memikirkan
Setuju….yb
Ye sy tetap menyokong perjuangan umno
Setuju YB..hrp YB jgn ikut serta
Betul betul betul
Org yg akai pendek sj ada alasan salah pemimpin.