Beri kebebasan kepada Muller uruskan MAS – Tan Seng Giaw, Timbalan PAC

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Benarkah UMNO bentuk jajaran baharu?

1. Sejak beberapa hari ini tular pelbagai poster yang...

Kerajaan PN: Kaji, siasat dan rangka…

20 Jan 2021: Kerajaan PN akan kaji kenaikan harga...

INW: Indonesia pasar menggoda sindikat narkoba internasional

masih lemahnya sistem pengamanan yang sudah ada Jakarta (ANTARA) -...

凯里:采访奥运媒体即日起接种疫苗

(布城14日马新社讯)全国新冠疫苗接种计划(PICK)协调部长凯里说,即将前往东京采访奥运会的媒体人员从今日起施打新冠疫苗。

MAS-A330-300

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Malaysia Airlines (MAS), Christoph Mueller sewajarnya diberi kebebasan untuk mengendalikan syarikat penerbangan kebangsaan itu sebagai entiti komersial sepenuhnya, kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Dr Tan Seng Giaw, hari ini.

Beliau yang juga antara Ahli Parlimen DAP paling lama berkhidmat ketika ini, berkata AirAsia misalnya berjaya menjadi ikon dalam kalangan syarikat penerbangan tambang rendah kerana Ketua Pegawai Eksekutif kumpulannya, Tan Sri Tony Fernandes, diberi kebebasan menguruskan syarikat itu serta berdasarkan prinsip meritokrasi.

“Tony Fernandes bebas menguruskan AirAsia dan inilah punca kejayaan syarikat itu. Beliau mengendalikannya (syarikat) berasaskan meritokrasi.

“Jika Tony Fernandes boleh, mengapa tidak Mueller? Pada akhirnya, ia adalah mengenai pengurusan korporat,” katanya.

Sambil mengakui tugas berat digalas Mueller, Dr Tan sebaliknya yakin CEO kelahiran Jerman itu mampu melaksanakan tanggungjawab itu berikutan kejayaannya mengubah nasib Aer Lingus dan Sabena yang sebelum ini mengalami kerugian.

Mueller pada awalnya dilantik menerajui Malaysia Airlines Bhd baharu berkuat kuasa 1 Julai ini, namun tugasnya sebagai pengganti Ahmad Jauhari Yahya, dipercepatkan kepada 1 Mei lalu. Proses peralihan awal kepimpinan itu membolehkan Mueller menerajui keseluruhan usaha penstrukturan semula MAS dan menyediakan MAS baharu untuk memulakan operasinya pada 1 September depan.

Dr Tan turut menekankan perubahan drastik persekitaran sekarang turut menyaksikan semua syarikat penerbangan konvensional tidak lagi mampu kekal sedemikian. Malah, syarikat yang gagal berubah atau menyesuaikan kepada tuntutan itu, tidak lagi dapat bertahan lama.

“Apa sahaja yang perlu dibuat, maka itulah yang perlu dibuat. Tiada gunanya untuk meneruskan operasi laluan yang hanya mengundang kerugian mencecah jutaan ringgit.

“Bagi mengatasi kerugian itu sudah pasti anda perlu menghentikan puncanya. Caranya adalah dengan mengenal pasti laluan-laluan berkenaan dan tamatkannya,” katanya.

Mueller sendiri, menerusi mesej pertamanya kepada kira-kira 20,000 kakitangan MAS, turut menyifatkan tahun ini sebagai lebih mencabar daripada jangkaan awal dengan pelaksanaan langkah pengurangan kos secara besar-besaran. Paras kos MAS adalah 20 peratus lebih tinggi berbanding syarikat lain seumpamanya.

Bukan itu sahaja, permintaan turut berkurangan bagi beberapa pasaran utama biarpun ditawarkan potongan harga tiket dan Mueller, demi masa depan MAS merancang agar syarikat itu dapat ‘dikumpul, bersatu untuk bangkit dan berkembang semula.’

Mengulas lanjut, Dr Tan menganggap laluan tertentu kendalian MAS, terutamanya domestik, bukan atas tujuan komersial semata-mata tetapi lebih kepada ‘penerbangan sosial.’

“Kita perlu asingkan penerbangan sosial itu daripada syarikat berkenaan,” tegasnya.

Pelan 12 Perkara Penstrukturan Semula MAS yang diumumkan Khazanah Nasional Bhd sebelum ini, akan menyaksikan usaha rasionalisasi rangkaian syarikat penerbangan itu untuk lebih menumpukan serantau dengan jaringan global lebih kukuh menerusi pakatan One World.

MAS akan menamatkan laluan penerbangannya ke Frankfurt pada 29 Mei dan kalangan penganalisis sebelum ini turut menjangkakan langkah sama membabitkan laluan antabarangsa lain seperti Paris, Amsterdam, Istanbul, Dubai serta Kunming.

Bagi Dr Tan, mulai sekarang MAS perlu beroperasi atas dasar meritokrasi tanpa campur tangan politik.

“Bagaimana anda mahukan sebuah syarikat bersaing di arena antarabangsa jika ‘kedua-dua tangan’ diikat? Sebagai contoh, bagaimana anda dapat beraksi jika melangkah ke gelanggang tinju dengan kedua-dua tangan diikat?” katanya.

Dr Tan berkata, kebebasan bagi Mueller mengendalikan MAS juga perlu menyaksikan tiada sebarang campur tangan Kabinet kerana “Kabinet bukanlah sebuah syarikat penerbangan, jadi ia tidak seharusnya memutuskan bagaimana sebuah syarikat penerbangan itu beroperasi dan tugas Kabinet bukannya untuk mengendalikan sebuah syarikat penerbangan.”

BACA juga:

Leave a Reply