30.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 30, 2020

Beri ruang SPRM siasat, jangan buat spekulasi tambah fitnah

YaPEIM-JPM

“Dakwaan-dakwaan salah laku termasuk pembayaran elaun yang tinggi kepada pihak pimpinan tertinggi YaPeim dan kewujudan nepotisme perlu diberikan perhatian serius oleh pihak pengurusan.

“Saya amat mengalu-alukan siasatan menyeluruh SPRM yang telah dan sedang berjalan agar dapat menjernihkan kembali reputasi YaPeim selaku institusi berlabel Islam yang berorientasikan kebajikan dan penjanaan ekonomi.”

Itu kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang mahu semua pihak berlaku adil dalam menilai dakwaan terhadap isu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPeim) dan memberi ruang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan.

“Justeru tidak perlulah melakukan pelbagai spekulasi dan andaian kerana bimbang kita terjebak dalam fitnah dan tohmahan yang bukan sahaja memudaratkan diri sendiri dengan dosa jariah berterusan tetapi juga menghancurkan institusi agama yang terbukti berjaya memperkenalkan skim  Ar-Rahnu kepada dunia sejak 1993,” katanya.

ASYRAF WAJDI

YaPeim pada Khamis menyatakan kesediaan bekerjasama dengan mana-mana pihak berkuasa sekiranya ada salah laku berkenaan dengan pentadbiran, pengurusan dan operasinya.

Ia susulan dakwaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) milik pembangkang, Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (Now) mengenai pendapatan seorang pengurusan tertinggi yayasan itu sehingga RM1.8 juta setahun.

Menurut Asyraf Wajdi, tindakan serius perlu dan akan diambil jika wujud unsur-unsur penyelewengan ataupun pecah amanah.

“Sebaliknya jika ia melibatkan isu-isu kelemahan polisi, prosedur dan urus tadbir, maka penambahbaikan harus dilakukan dengan segera.

“Anologinya ialah jika atap yang bocor, maka yang perlu dibaiki ialah atapnya bukan rumah yang harus diruntuhkan,” katanya.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan