BERIBU AHLI PARTI CAP BUNGA (PPBM) BERSEDIA UNTUK KELUAR PARTI IKUT JEJAK KHAIRUDIN

TINDAKAN anak didik Tun Dr Mahathir Mohamed, Datuk Seri Khairudin Abu Hassan keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) amat mengejutkan ramai penyokong bekas Perdana Menteri itu.

Masakan tidak, Khairudin yang dikenali sejak dahulu merupakan seorang ‘budak suruhan’ Mahathir yang amat setia sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita peribadi Pengerusi PPBM berkenaan.

Logik akal, kenapa seorang ‘budak suruhan’ bertindak keluar serta merta dari parti pemimpin kesayangannya melainkan pasti ada yang tidak kena dengan parti dan pemimpin berkenaan.

Walau apapun alasan yang diberikan kepada pihak media, yang pastinya tindakan Khairudin membuktikan di dalam PPBM sudah mula menular virus dan barah yang banyak ‘memberi harapan palsu’ buat ahlinya.

Tindakan Khairudin ini dikhabarkan telah menarik minat ribuan ahli PPBM yang lain untuk turut keluar parti. Walaupun mereka baru sahaja menandatangani borang keahlian parti pembangkang tersebut, namun menurut sumber-sumber dalaman yang ditemui penulis, mereka ini sudah tidak tahan dengan tindakan Mahathir dan Muhyiddin yang amat berbeza berbanding semasa mereka dalam UMNO dahulu. Tapi, tidak perlulah penulis ceritakan di sini.

Pada mula ceritanya, ribuan ahli PPBM berkenaan sudah lama berhasrat untuk keluar parti disebabkan kepincangan dalam parti, namun mereka berasa malu berbuat demikian lebih-lebih lagi kepada parti lama mereka yakni UMNO.

Ada 13 alasan mengapa mereka mahu keluar PPBM iaitu :

a) PPBM tidak boleh pergi jauh dalam PRU14.
b) Tiada pemimpin PPBM berpengaruh di negeri negeri
c) Ramai pemimpin PPBM tiada pengalaman
d) Ramai PPBM yang ada berpuak puak
e) Masing masing ada misi peribadi dan mahu kekayaan
f) PPBM gagal menjadi dominan dalam pembangkang
g) PPBM tidak mampu gantikan UMNO
h) PPBM akan pupus lagi cepat dari Semangat 46
i) PPBM berada bawah telunjuk DAP
j) PPBM sudah bersekongkol dengan peliwat (Anwar) dan perasuah (Guan Eng)
k) PPBM adalah tempat terkumpulnya mereka yang kecewa dalam politik
l) Secara purata umur pemimpin PPBM adalah 50an ke atas.
m) PPBM adalah parti tua dan tiada masa depan

Bagi mereka inilah masa paling sesuai untuk bertindak dengan menggunakan alasan ‘mengikut jejak’ Khairudin keluar parti, sedangkan mereka sebenarnya tidak mampu lagi untuk terus bersarang lama dalam sebuah parti yang bukan memperjuangkan anak bangsa sebenarnya, tetapi ‘ada udang disebalik batu’.

Bagaimanapun, tarikh dan tempat untuk ribuan ahli PPBM itu akan keluar parti masih belum lagi diterima kerana dipercayai ia masih lagi dalam proses pengumpulan setakat ini.

Maklumat yang mengejutkan ini telah menjadi bahan bukti bahawa PPBM bukanlah sebuah parti yang ditubuhkan untuk perjuangan agama, bangsa dan negara; sebaliknya ia hanyalah berfungsi sebagai platform untuk cita-cita peribadi Mahathir menjelang fajar tahun 2020.

Apa impian Mahathir ketika fajar tahun 2020? Mungkin ramai orang tahu Wawasan 2020 adalah mahu menjadikan Malaysia sebuah negara maju sahaja. Namun tersiratnya jauh menjangkaui daripada itu. Perkataan ‘wawasan’ itu juga sebenarnya membentuk sebuah tanda tanya yang besar dan ia tersemat sebuah kehendak peribadi Mahathir yang amat tamak serta tidak patut.

Jadi, penulis mengucapkan selamat berhijrah kepada ribuan ahli PPBM yang sudah mula insaf dan bakal kembali ke pangkal jalan. Tahniah!

20161027-khairuddin-pribumi-cap-bunga

242 KOMEN

  1. Bodo nya admin……khairudin undur dr bersatu sb nk lawan kes dgn najib….bila dia keluaq dr bersatu,hnya khairudin dgn umni saja lawan…xsangkut gn bersatu…nk bt crita bg logik…kaji dulu min

  2. Alhamdulillah bro keluar je.bawak sekali geng yg ada.kan yg dulu tu baik pi ekut mereka yg gila talak tu wat pa.lu datang air panas gadek wa open table minum.tak yah pikir panjang sangat rosak kepala cam 6g lain tu.

  3. Mai la ikut pas. Atau kembali balik pada umno uat apa nak rosak kamu punya persatuan. Jangan cepat terpengaruh dengan. Kata YG merosak. Kalau nak jadi pembangkang masuk lah pas.

  4. ADMIN BAGHAL TAHAP GABAN…KHAIRUDDIN KELUAR UTK SELESAIKAN MASALAH DIA DAN TAK MAU PARTI TERPALIT SAMA…LPS SELESAI AKAN BERSATU SEMULA…TAK PAYAH LAH NAK CUCUKKK

  5. Ahrggg masakan demikian… katanya muhyidin akan menjadi perdana menteri dengan parti pribumi akan memerintah malaysia…. apa benerin ceritra donk

  6. Aikk..bru bina dh runtuh.. iskkk.. mcm mne nk tawan tanah melayu kalo mcm ni..
    Tgk parti kuat seperti umno.. dh berapa byk pecah, dh berapa ramai pembelot dan pengkianat cube hancurkan, tp kuasa Allah tu xde sape blh lwn.. umno msh mampu lg berdiri dgn mcm2 tohmahan dan fitnah.. PAS jgk terima nasib sme, ramai pengkianat2 cube mcm2 tuk burukkan dan jatuhkan PAS.. tp kuasa Allah xde sape blh lwn.. PAS tetap kuat dgn ahli2 yg ramai..

  7. Khairudin keluar ppbm atas sebb nk tumpu pda kes yg dituduh rejim najib d mahkamah.. So tindakan keluar parti adalh demi kebaikan parti. Bkn mcm org tu. Satu dunia tahu kaki songlap tp masih tebal muka x malu

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini