Berita Palsu: SKMM Arah 'Malaysiakini' Tarik Balik Dua Artikel - pakdin.my

malaysiakini-fitnah-sprm

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan notis kepada portal berita ‘Malaysiakini’ untuk menarik balik dua artikel yang didapati tidak benar dalam laman webnya.

SKMM, dalam kenyataan pada Jumaat, berkata artikel berkenaan adalah bertajuk ‘Report filed against Chief Sec, PSD Head’ dan ‘Laporan terhadap KSN, Ketua Pengarah JPA’ yang diterbitkan Khamis.

“SKMM mendapati berita dalam kedua-dua artikel yang diterbitkan itu adalah tidak benar berdasarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menafikan wujudnya pegawai SPRM membuat laporan terhadap Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mengikut peruntukan Seksyen 48 Akta SPRM 2009,” kata kenyataan itu.

Justeru, SKMM mengingatkan portal berita untuk lebih bertanggungjawab dan memastikan kesahihan sesuatu berita sebelum ia disiarkan.

Suruhanjaya itu turut menegaskan sebarang perbuatan menghantar kandungan palsu melalui aplikasi laman sesawang merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ia memperuntukan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

UTAMABerita Palsu: SKMM Arah 'Malaysiakini' Tarik Balik Dua Artikel

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium