26.8 C
Kuala Lumpur
Friday, October 23, 2020

Berkawan Dengan Syaitan: PAS Terperangkap Dalam Mainan Perkataan Tun M

myKMU.net: Memang menarik cara mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menarik perhatian pihak pembangkang, khususnya PAS, apabila cetusan penulisannya telah berjaya membuat mereka melatah tak tentu hala.

Dalam kenyataannya melalui blog, Tun Dr. Mahathir seolah-olah sengaja menyatakan bahawa lebih baik Barisan Nasional (BN) sebagai “pihak jahat” yang dikenali berbanding pembangkang sebagai “pihak baik” yang tidak dikenali.

Tiba-tiba saja puak-puak pembangkang yang memang rendah IQ dan cepat melatah mengibaratkan kenyataan Tun Dr. Mahathir itu menyifatkan BN sebagai “devil” atau syaitan yang dikenali, manakala pembangkang pula adalah “angel” atau malaikat.

Maka seronoklah puak-puak PAS menyamakan UMNO/BN sebagai syaitan, khususnya para pemimpin PAS yang berotak udang dan malas berfikir.

Saya tertanya-tanya, apakah mereka tidak tersinggung di sebalik sindiran mantan Perdana Menteri yang tersohor memiliki ketajaman fikiran yang digeruni oleh rakan dan lawan itu?

Bagi mereka yang lurus bendul seperti Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Harun Din, maka dia sudah tentulah dia akan menyanggah kenyataan Tun Dr. Mahathir itu dan menyatakan kenyataan tersebut bercanggah dengan Islam.

Dalam kenyataannya, Datuk Dr. Harun Din menjelaskan bahawa umat Islam dilarang sama sekali untuk berkawan dengan syaitan memandangkan makhluk itu adalah ciptaan Allah yang paling kejam dan derhaka.

Timbalan kepada Nik Aziz Nik Mat itu turut memberikan beberapa nas dan dalil untuk melarang umat Islam untuk mempunyai sebarang hubungan baik dengan syaitan…

Nah! Di sini saya melihat objektif sindiran Tun Dr. Mahathir itu tepat terkena batang hidung PAS, khususnya Mursyidul Am parti itu, Nik Aziz dan Presidennya, Abdul Hadi Awang, Dewan Ulama dan Syura, serta para pemimpin PAS secara khususnya.

Apakah Nik Aziz lupa dalam kenyataannya sebagai pemimpin yang memberi fatwa kepada para “penganut agama” PAS sebelum ini bahawa parti itu “sanggup berkawan dengan syaitan” untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional?

Masih ingatkah Abdul Hadi dengan fatwa “Tok Guru” itu yang menghalalkan untuk berkawan dengan syaitan demi cita-cita dan nafsu politik parti itu sehingga hampir semua perjuangan asal PAS bagaikan tergadai sejak DAP dan PKR?

Lupakah para pemimpin PAS dengan ajaran Nik Aziz yang menyuruh mereka berkawan dengan syaitan untuk menjatuhkan sebuah “Daulah Islamiyyah” yang diiktiraf oleh negara-negara Islam sedunia untuk memenuhi objektif politik mereka?

Kononnya bila PAS dikritik bersatu dengan “syaitan”, Nik Aziz selamba menyatakan bahawa hubungan baik dengan syaitan itu berdasarkan “tahaluf siyasi”.

Padahal, “tahaluf siyasi” bersama golongan bukan Islam itu hanya dibenarkan sekiranya hubungan itu memberikan kelebihan dan menguntungkan kepentingan Islam.

Namun, “tahaluf siyasi” PAS dengan syaitan-syaitan bernama DAP dan PKR ini dilihat lebih menjurus kepada PAS dibuli teruk sehingga hilang identiti perjuangannya apabila terpaksa membuang dua teras utama parti itu.

Pertamanya PAS terpaksa melupakan perjuangan membina sebuah Daulah Islamiyyah dan keduanya parti itu terpaksa membuang perlaksanaan hukum hudud yang dicanang sejak berpuluh tahun lamanya.

Jadi, apakah hubungan PAS dengan syaitan-syaitan itu memberi keuntungan kepada kepentingan Islam dan layak dikategorikan sebagai “tahaluf siyasi”?

Jelas di sini bahawa kenyataan Tun Dr. Mahathir itu berkemungkinan besar adalah untuk menyindir dan menyedarkan PAS bahawa merekalah sebenarnya yang berkawan dengan “syaitan yang mereka tidak kenal”, iaitu lebih buruk dari “syaitan yang mereka kenali”.

“Syaitan yang dikenali” itu mungkin bermaksud bahawa BN telah diburuk-burukkan pembangkang sehingga dilihat seolah-olah jahat seperti syaitan, namun seluruh rakyat Malaysia mengenali BN sebagai sebuah parti yang banyak berjasa dan menabur bakti kepada Islam, bangsa dan negara.

Manakala “malaikat yang tidak dikenali” itu mungkin pula bermaksud bahawa Pakatan Haram itu dibayangkan sebagai telus, mulus dan kudus seperti malaikat, tapi rakyat Malaysia ramai yang tertipu kerana tidak mengenali sifat sebenar mereka yang lebih jahat dari syaitan!

Syabas saya ucapkan kepada Tun Dr Mahathir yang berjaya buat kesekian kalinya mempermain-mainkan puak-puak pembangkang, khususnya PAS yang jelas berotak lembu dan meletakkan IQ mereka lebih rendah dari tahap tapak kaki!






Berita Berkaitan

Laporan Presiden UMNO ‘U-turn’ tidak benar

Laporan sebuah portal mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertindak ‘U-turn”...

UMNO Gesa Gencatan Politik, Fokus Sepenuhnya Agenda Bantu Rakyat – Ahmad Zahid

Umno hari ini mengumumkan “gencatan politik” bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat...

Kamulah punca sistem negara ini rosak, kata Ramkarpal kepada Mahathir

Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP Ramkarpal Singh menyatakan kekesalannya bekerjasama dengan Dr Mahathir...

Azmin dan Hamzah Zainudin katak lompat yang gila kuasa, kata MT Umno

Anggota Majlis Tertinggi Umno menyindir dua pemimpin kanan Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan