Bersemburit: Farhash cabar KPN tahan Azmin [Video]

Sebaik sahaja dibebaskan, Farhash Wafa Salvador mencabar Ketua Polis Negara untuk menahan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau mendakwa, polis patut berbuat demikian kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu sekiranya Datuk Seri Abdul Hamid Bador ada kredibiliti.

Beliau juga percaya terdapat konspirasi politik terhadap presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Jadi, jika ketua polis negara mempunyai kredibiliti, dia harus masukkan Azmin ke dalam,” katanya ketika berucap kepada penyokong dan wartawan selepas dibebaskan dari Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di sini hari ini.

Farhash yang juga setiausaha politik Anwar mendakwa pegawai polis sendiri bingung tentang mengapa beliau ditahan tetapi bukan Mohamed Azmin.

“Saya tak kelihatan pun macam Azmin. Jadi kenapa polis tak boleh hanya panggil (untuk soal siasat) dan merakam keterangan saya?

“Tapi mereka pilih untuk tahan saya seperti saya seorang pembunuh, seorang banduan peringkat bawah. Mereka cuba untuk kenakan tindakan paling keras kepada saya.

“Mereka cuba untuk menahan reman saya selama tujuh hari dan melanjutkannya selama tujuh hari lagi, maksimum. Alhamdulillah, saya ada peguam yang bagus,” katanya.

Farhash juga mendakwa rata-rata pegawai polis yang ditemuinya hairan kenapa beliau ditahan dan mendakwa ada konspirasi politik.

“Jadi, polis pun keliru. Kebanyakan pegawai yang temui saya rasa hairan. Mereka fikir mengapa bukan Azmin ditahan dan kenapa saya yang ditahan,” katanya.

Baru-baru ini, Abdul Hamid telah mengesahkan video seks berkenaan tulen namun proses pengecaman wajah gagal mengaitkannya dengan Mohamed Azmin.

Malah beliau mendedahkan wujud konspirasi untuk merosakkan reputasi menteri berkenaan yang didalangi seorang pemimpin parti politik.

Farhash yang juga Pengerusi PKR Perak mendakwa tidak adil bagi pihak polis menahan beliau sedangkan tiada laporan dibuat terhadapnya.

“Tapi saya rasa malangnya saya bukan Azmin Ali. Seeloknya kalau nak bagi berehat, bagi berehat kepada Azmin,” sindir Farhash.

Selain Farhash, bekas ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz turut dibebaskan dengan jaminan polis hari ini tetapi enggan berjumpa dengan wakil media.

LIHAT VIDEO: https://youtu.be/cgneT_k_oSw

https://pakdin.my/tag/bersemburit

Loading...

1 COMMENT

Comments are closed.