BERSIH 4.0 Dibayangi NED & Soros #pakdin.my

Lim Sian See – Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah semalam menafikan mereka dibiayai National Endowment for Democracy (NED) ditunjangi George Soros tetapi oleh National Democratic Institute (NDI) dan OSI.

NED ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan dibayangi Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat sering dikaitkan dengan gerakan ‘perubahan rejim’ di seluruh dunia dan melindungi kepentingan Amerika Syarikat di negara luar.

Bagi memberi gambaran lebih jelas mengenai NED dan apakah fungsi mereka, anda boleh menonton dokumentari berikut:

 

 

Negara Ukraine, China dan negara terlibat dalam pembangkitan Arab Spring boleh bercerita mengenai NED dan mengapa Rusia mengharamkan NED.

Tiada negara yang dinyahstabilkan NED berakhir aman dan stabil, malah turut menghancurkan ekonomi dan nyawa rakyat mereka.

Malangnya, apa yang tidak didedahkan Bersih, pembiayaan daripada NDI disalurkan daripada NED.

NED di laman webnya  turut menyatakan mempunyai hubungan istimewa daripada empat pembiaya utama di Amerika Syarikat kononnya mewakili pembinaan komuniti demokrasi dan salah satu daripadanya ialah National Democratic Institute for International Affairs (NDI).

“Setiap penerima pembiayaan geran ini menerima bahagian seimbang daripada bajet NED, dan setiap program dilakukan secara teliti bersama kakitangan NED dan diluluskan lembaga pengarah NED.”

Ini bermakna 25 peratus daripada pembiayaan tahunan NED disalurkan kerajaan Amerika Syarikat diberikan kepada NDI, yang turut membiayai BERSIH.

Bagi Open Society Institute (OSI) yang disebut BERSIH, ia dikenali sebagai Open Society Foundation.

Ia diasaskan George Soros pada 1993 dan dilaporkan sudah membelanjakan USD11 bilion (RM41 bilion) bagi membiayai pelbagai gerakan di seluruh dunia dengan matlamat sehala dengan NED.

(Untuk rekod, George Soros memiliki 29 peratus media dalam talian, Malaysiakini dan turut dipaparkan di laman web media pro pembangkang itu di sini).

Soros adalah individu yang melakukan serangan terhadap ekonomi negara pada 1997 – 1998 dan turut popular dengan ayat diucapkan kepada Perdana Menteri ketika itu, Mahathir Mohamad: “Jumpa anda pada 5,” yang membawa maksud dia akan melakukan serangan sehingga Ringgit Malaysia menjunam sehingga USD1 – RM5.

Jelas, BERSIH dibiayai pertubuhan dibayangi CIA dan individu yang melakukan serangan matawang terhadap Malaysia dan memperoleh keuntungan daripadanya, untuk perubahan rejim.

Jangan jadi bodoh. Mereka membiayai pertubuhan seperti itu kerana mereka melakukan apa yang dikehendaki. Tidak mungkin mereka menyalurkan wang tanpa sebab.

Dua hari lalu, BERSIH mengumumkan akan mengadakan perhimpunan serentak BERSIH 4.0 di Kuala Lumpur, Saban dan Sarawak pada 29 hingga 30 Ogos ini.

Mereka menyasarkan 1 juta penunjuk perasaan.

Bekas pengerusi BERSIH, S. Ambiga turut mengeluarkan kenyataan ancaman dua hari lalu, kononnya mereka perlu menubuhkan satu kerajaan sementara atau menghadapi protes ala Sri Lanka melalui BERSIH 4.0.
Jika mengancam untuk menukar kerajaan dengan menubuhkan kerajaan sementara bukan cubaan menukar rejim, apakah maksud lain terhadap ancaman ini dan sasaran ini adalah selaras dengan halatuju NDI dan OSI, dan secara asasnya NED.

Ancaman ini turut disiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengikut Seksyen 124, Kanun Keseksaan kerana melakukan aktiviti bertentangan dengan demokrasi berparlimen dan kenyataannya direkodkan semalam.

Lanjutan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menyampaikan amanat kepada bakal jemaah haji yang ditaja 1Malaysia Development Board (1MDB) semalam meminta mendoakan Malaysia selamat.

“Tolong doakan. Doa di tempat mustajab doanya. Insya-Allah di Masjidil Haram, di sudut pancuran emas, di Madinah, dalam Raudah, di Arafah.

“Tolong doakan supaya negara selamat, doa supaya kepimpinan kerajaan negara kita, kita yang tentukan, bukan orang luar, bukan orang asing yang boleh jadi penentu siapa dalam kerajaan, siapa yang dia mahu jatuhkan.

“Oleh itu, moga Allah beri kekuatan pada tuan-tuan mengerjakan ibadah haji selama 40 hari. Saya tahu ia perlu kekuatan stamina,” kata Najib sewaktu menyerahkan surat tawaran haji di Masjid Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, petang semalam.

Jika anda suka atau membenci Najib sekalipun, demokrasi dan hak kedaulatan kita tidak seharusnya ditentukan oleh mana-mana agen negara asing yang membiayai penderhaka di kalangan kita.

Kita menentukan sebarang perubahan kerajaan di kotak undi menggunakan demokrasi kita dan mengikut adunan kita sama ada di pemilihan parti mahupun pilihanraya umum.

Itu cara kita dan bukannya melalui protes jalanan yang mencetuskan kekacauan dan memberi lebih banyak keburukan kepada ekonomi negara.


Kita tak perlukan ini semua pada ketika ini apatah lagi negara jiran kita turut mengalami keadaan ekonomi yang getir pada saat ini.

Realiti ekonomi di negara jiran:

Thailand mengurangkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2015 untuk kali ketiga, dengan eksport akan berkurangan sebanyak tiga peratus.

Bank Dunia mengurangkan unjuran terhadap pertumbuhan ekonomi Indonesia untuk 2015.

KDNK Singapura merudum 4.6 peratus pada suku kedua tahun ini, lebih teruk daripada unjuran.

Pertumbuhan ekonomi Filipina bagi suku pertama lembab bagi tempoh 6 tahun.

Eksport Brunei jatuh 32 peratus pada suku pertama 2015. Mungkin memasuki tahun ketiga mengalami pertumbuhan negatif KDNK.

(yang di atas semua dah bertahun-tahun ada GST. Yang takde GST itu yang lebih parah. Brunei sudah dua tahun negatif. Tahun ini also pretty sure Brunei get another negative GDP).

Malah, Korea Selatan, negara pengeluar Samsung dan K-Pop, turut bergelut dengan pertumbuhan ekonomi berikutan gejala Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) yang bagaimanapun tidak ‘singgah’ ke Malaysia.

–  KDNK per kapita Korea Selatan bagi tahun 2015 dijangka susut buat pertama kali bagi tempoh enam tahun.

Dan Taiwan turut dilaporkan ekonomi negara itu bergerak lembab bagi tempoh tiga tahun.

Kita tidak mahukan lebih banyak kekacauan dan tekanan, ketidakstabilan dan ketidakpercayaan terhadap ekonomi Malaysia.

Dipimpin oleh gerakan seperti BERSIH yang menyokong halatuju agensi pembiaya mereka sama seperti perbuatan khianat terhadap negara.

Sebarkan maklumat ini. Kita menentukan masa depan kita. Bukan ‘mereka.’

Baca mengapa bekas peserta BERSIH ini menyatakan “Saya Tidak Akan Sertai BERSIH 4.0.”

Dan baca penyokong BERSIH ini menulis: “Protes Jalanan Lebih Banyak Keburukan Daripada Kebaikan terutama selepas insiden Low Yat.”

Berkaitan