23.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, January 19, 2021

Bersih 4: Mati dan Festival Hantu Lapar

bersih4-hantu-lapar

Sesetengah masyarakat Cina percaya angka atau nombor 4 membawa maksud tidak baik.

Selain tiada ‘ong’, angka 4 dikaitkan dengan nasib malang dan kematian.

Justeru itu, sesuatu yang amat menghairankan apabila Cina DAP beria-ia mempromosikan perhimpunan Bersih4 yang dirancang pada Sabtu dan Ahad.

Pihak berkuasa sudah mengumumkan perhimpunan itu haram kerana Bersih – bukan pertubuhan sah atau berdaftar.

Manakala Bersih4 pula tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.

Melihat kesungguhan pemimpin-pemimpin DAP memperagakan ‘model-model’ memakai t shirt Bersih4 dengan pakaian tidak senonoh, menimbulkan persoalan kenapa DAP beria-ia mahu orang ramai menyertai perhimpunan haram itu.

Apatah lagi, jika faktor kepercayaan nombor 4 yang membawa maksud mati diambil kira, tentu DAP ‘berani’ dan ada agenda besar disebalik perhimpunan tersebut walaupun mereka memberi alasan menuntut kerajaan dan pimpinan yang bersih.

Seorang pembaca kaum Cina memaklumkan, ketika ini juga berlangsung ‘Hungry Ghost Festival atau festival hantu lapar.

Dengan angka 4 (mati) dan kebetulan festival hantu lapar, ia memberi gambaran kemungkinan banyak insiden berkaitan kematian akan berlaku.

Bagaimanapun bagi DAP, keinginan yang membuak-buak untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada mungkin menyebabkan mereka tidak memperdulikan kepercayaan itu.

Apatah lagi dengan sokongan bekas pemimpin-pemimpin PAS yang menyertai Gerakan Harapan Baharu (GHB), parti itu ingin menguji sejauh mana kekuatan GHB selepas berpecah dengan PAS.

Inilah yang harus dibimbangi oleh rakyat negara ini apabila DAP jauh lebih ke depan dalam Bersih4 sedangkan pada perhimpunan lalu, DAP dan masyarakat Cina menyertainya ibarat melepaskan batuk di tangga.

Sebelum ini, yang ramai menyertai Bersih adalah pemimpin dan pengikut PAS dan PKR.

Namun kali ini, Bersih4 lebih kepada perhimpunan rasis dengan Cina DAP disokong oleh penyokong-penyokong parti dan kaum berkenaan.

Justeru itu, pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan ada anasir luar dan niat tertentu disebalik berhimpunan haram pada Sabtu dan Ahad ini yang bertujuan menganggu gugat kestabilan dan kenteteraman negara.

Ambil kita ancaman ini, no 4 dan festival hantu lapar, adalah lebih baik rakyat tidak menyertai sebarang perhimpunan Bersih4 yang dirancang di beberapa negeri kerana khuatir ada insiden tidak diingini berlaku nanti.

Hargailah keamanan negara dan bersama-sama berkongsi kemeriah sambutan Kemerdekaan dengan aktiviti lebih bermanfaat bukan mendedahkan diri kepada perbuatan menyalahi undang-undang apabila terbabit Bersih4.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.