25.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 30, 2020

BERSIH 5.0 WAJAR DIJALANKAN DI PULAU PINANG

1. Rakyat Pulau Pinang mahu agar penganjur demonstrasi jalanan Bersih, Maria Chin Abdullah menganjurkan himpunan Bersih 5.0 di Pulau Pinang berbanding Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

2. Blogger yang juga anak jati Pulau Pinang, Eric Woo turut menuntut Ketua Menteri Lim Guan Eng meletakkan jawatan ekoran beliau kini didakwa di mahkamah kerana mengamalkan rasuah.

3. Menurut Eric, jika benar Bersih 5.0 mahu memberi tekanan terhadap akauntabiliti dan tindakan yang lebih besar, maka ia seharusnya dibuat di Pulau Pinang kerana di negeri tersebut ada seorang Ketua Menteri yang benar-benar telah didakwa ke mahkamah dibawah akta pencegahan rasuah dan kanun keseksaan.

4. Ujarnya lagi, beliau tidak faham mengapa BERSIH 5.0 tidak diadakan di Pulau Pinang dan tidak mahu mem’BERSIHkan’ Ketua Menteri Lim Guan Eng yang telah didakwa di mahkamah atas kesalahan rasuah dan diikat jamin sebanyak RM1 juta. Menurutnya, Bersih 5.0 mesti diadakan di sini untuk mendesak Lim Guan Eng meletakkan jawatan sehingga perbicaraan selesai.

5. Menurut Eric lagi bahawa amat jelas BERSIH ini tidak ikhlas dan mempunyai motif jahat yang telah menyimpang dari prinsip asas BERSIH.

6. Berhubung isu rasuah Lim Guan Eng, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan turut melahirkan kekecewaannya terhadap sokongan berpilih pihak pembangkang dalam memperjuangkan hak rakyat.

7. Huan menyelar hipokrasi Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua yang kerap kali bercakap mengenai ‘Malaysia Official 1’ tetapi tidak pernah sama sekali menyentuh sebarang salah saku dan skandal melibatkan Lim Guan Eng.

Berita Berkaitan

Pesan Pada PAS Jangan Khianati UMNO – Zahid Hamidi

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta PAS selaku rakan sekutu utama di...

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Komen

..

BERSATU Mungkir Janji, Bung ‘Mengamuk’ Di Hadapan Hajiji

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dikatakan mengamuk di hadapan Ketua Menteri Sabah yang baharu, Datuk Seri Hajiji Noor...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,348PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan