BERSIH 5: Pengerusi PKR Sabah dan ADUN Pembangkang Menyokong Persempadanan Semula – Zuraida Salahkan BN - pakdin.my

Perhimpunan BERSIH 5 pada November ini perlu diteruskan memandangkan kebimbangan mengenai persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya yang sedang giat dilaksanakan, kata Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin.
“Kelmarin, SPR telah mengesyorkan penambahan 13 kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah dengan meningkatnya jumlah kerusi kepada 73.
Zuraida mendakwa dengan penambahan kerusi negeri dan parlimen, secara tidak langsung BN sedang menjual negara kepada orang asing, dan tiada apa yang boleh dilakukan akhirnya.
Perkara sebenarnya adalah:
Rang undang-undang Persempadanan Semula Kawasan untuk menambah kerusi diluluskan pada 9 Ogos 2016 dengan 55 daripada 60 ADUN mengundi memihak.
Daripada 12 ADUN Pembangkang 8 menyokong termasuk Pengerusi PKR Sabah dan Timbalan Datuk Lajim Ukim serta Christina dan Liew, wakil DAP Dr Edwin Bosi dan Pengerusi STAR Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
PKR mempunyai tiga ADUN, DAP empat ADUN, STAR satu ADUN manakala 4 adalah bebas.
Daripada 12 ADUN bukan BN – 3 mengundi menentang manakala 8 mengundi untuk menyokong Persempadanan Semula Kawasan manakala satu daripada ADUN DAP berkecuali.
ADUN lain bukan BN yang mengundi rang undang-undang persempadanan semula termasuk ADUN bebas Wilfred Bumburing (Tamparuli), Jelin Dasanap (Matuggong), Jeremmy Ukoh Malajad (Kandamaian) dan Jaujan Sambakong (Sulabayan).
Pengerusi PKR Sabah dan ADUN pembangkang sama mengundi untuk menyokong persempadanan semula manakala Ahli Parlimen PKR, Zuraida berkata ini adalah sama seperti menjual Negara  kepada orang asing.
ADUN PKR termasuk Pengerusi PKR dan Ketua Pembangkan pun mengundi untuk menyokong tapi Zuraida menyalahkan BN?
Nampak sangat kebodohan PKR dan PakaTun termasuk macai mereka yang menyokobg kenyataan Zuraida.
Zuraida tak perlu bising lah, duduk diam dan membeli lebih banyak kereta hasil rasuah.
UTAMAPOLITIKBERSIH 5: Pengerusi PKR Sabah dan ADUN Pembangkang Menyokong Persempadanan Semula -...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium