26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, January 18, 2021

BEERSIH 2.0 – Bersih goyah tidak capai angka yang diharapkan

Nampaknya para pemimpin Pakatan Rakyat cukup tidak senang hati melihat perubahan sikap rakyat Malaysia yang tidak mereka jangka sama sekali. Masih lagi dijuluki kegembiraan kerana BERSIH 2007 mendapat sambutan hangat, BERSIH 2.0 yang diterajui oleh bekas Presiden Majlis Peguam, berharap dapat mengumpulkan tiga kali ganda daripada jumlah yang hadir pada 2007.

Bagaimanapun setakat hari ini, bayangan 300,000 itu hampir tidak tercapai. PAS sebagai penyumbang ahli teramai dalam BERSIH 2007 pun, hanya sekadar menjanjikan 100,000 kali ini. PKR yang cakap gah dan sentiasa bongkak, langsung tidak menjanjikan angka yang bakal hadir mewakili diri mereka. DAP seperti biasa, tidak akan bersuara apa-apa dalam bab demonstrasi, walaupun merekalah tukang cucuk, tukang hasut dan tukang penambah api.

Nurul Izzah cuba menggambarkan bahawa BERSIH 2.0 tidak melibatkan parti-parti politik tetapi 99.9% AJK penganjur adalah orang kuat PKR, PAS dan DAP. Cubaaan Nurul Izzah untuk menipu, terkantoi seperti mana PAPA JAHATnya terkantoi ketika menipu tentang DNA dan Jam Tangan OMEGA.

Lim Guan Eng pula sudah mula meniup trumpet perkauman apabila menyalahkan UMNO atas kenyataan yang dikeluarkan oleh Ibrahim Ali, Presiden PERKASA. Lim Guan Eng seperti bapanya pada tahun 1969, cuba meningkatkan kemarahan kaum Cina dan akhirnya mereka akan keluar beramai-ramai walaupun Lim Guan Eng sebenarnya tidak berminat untuk melihat orang Cina berada di jalan raya, berarak, berdemonstrasi, makan asap beracun dan DIGELAR PUAK PENGACAU kerana kepentingan perniagaan serta hubungkait dengan tender-tender serta projek-projek kerajaan.

Baca seterusnya di Rontogdaily.com

 

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.