26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 26, 2020

BERSIH Ulang Skrip Lama Menjelang PRN Sarawak

sarawak_mapPengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyelar Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang menuduh SPR tidak telus dan ada kepincangan dalam melaksanakan Persempadanan Semula kerusi di Sarawak.

Jelasnya lagi, Bersih 2.0 sendiri tidak memahami perkara yang dituntut dalam Perlembagaan Persekutan dan Artikel 113 yang menjelaskan secara keseluruhan tentang persempadanan semula.

“Negara kita ada undang-undang, kalau ada bantahan yang nak dibuat, ia kena dilakukan secara bertulis.

“Ikutkan perlembagaan, Bersih 2.0 sendiri sebenarnya tidak layak untuk membuat bantahan kerana yang layak adalah kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, atau sekurang-kurangnya 100 orang pengundi yang ingin membuat bantahan,” katanya ketika dihubungi bnbbc.my.

Jelas Aziz, sehingga petang semalam, SPR hanya menerima satu bantahan sahaja iaitu daripada Bintulu berhubung perkara tersebut.

“Bantahan itu pun bukan datang daripada mereka yang membantah dengan Bersih 2.0 atau dibuat oleh gabungan itu sendiri.

“Kalau betul tak puas hati, kenapa tak mengikut perlembagaan, buat secara bertulis dan hantarkan kepada kita, kemudian kita akan kumpulkan semua bantahan atau cadangan selepas tempoh sebulan bantahan dibuat, ” katanya.

Semalam, Bersih 2.0 dalam taklimat kepada 20 orang diplomat asing mendakwa terdapat kepincangan dan ketidaktelusan dalam persempadanan semula yang dibuat SPR.

Diplomat dari negara seperti Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Rusia, Britain, Australia dan Singapura menghadiri sesi dua jam itu.


Pengerusinya, Maria Chin Abdullah berkata, notis yang dikemukakan SPR tidak lengkap dan menyukarkan pengundi di Sarawak untuk mengemukakan bantahan

Namun jelas Aziz, tindakan Bersih 2.0 itu hanya bertujuan untuk memburukkan imej negara sahaja.

“Tindakan gabungan itu memberi penerangan kepada diplomat asing itu adalah membuang masa, tenaga dan hanya memburukkan imej negara.

“Kita buat sesuatu mengikut undang-undang dan perlembagaan, kalau tak boleh terima, kita ada prosiding bagaimana bantahan boleh dilakukan, bukan melalui media, bukan juga dengan bagi taklimat kepada orang asing macam yang dilakukan, itu semua tak betul,” tegasnya lagi.

Sementara itu, Pengerusi SPR turut menjawab tuduhan Bersih 2.0 yang menyatakan SPR gagal menjelaskan mengapa penambahan 11 kerusi di Sarawak dibuat tanpa menyatakan sebab secara umum.

“Nak membuat penambahan kerusi adalah kuasa kerajaan negeri kerana mereka yang meminda, bukan kerja SPR, kita cuma ada kuasa untuk meletakkan kerusi itu di daerah mengundi mana, itu sahaja,” jelasnya.

11 November tahun lalu, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak telah meluluskan usul penambahan 11 kerusi DUN daripada 71 kepada 82 keseluruhan bakal dipertandingkan dalam PRN akan datang.

Berita Berkaitan

ADUN Warisan Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan...

Hajiji positif COVID-19, dirawat di hospital

Datuk Hajiji Noor disahkan positif COVID-19 dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth, kata...

Covid-19: Enam pelajar, tujuh guru positif

KOTA KINABALU: Enam pelajar sekolah dan tujuh guru membabitkan tiga sekolah di Lahad Datu...

PRN Sabah: Parti Cinta Sabah tanding 72 kerusi

KOTA KINABALU: Parti Cinta Sabah (PCS) bertanding 72 kerusi bagi menghadapi pilihan raya negeri...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...