26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 1, 2020

#BERSIH4: Peserta biadap dan kotor

bersih4-pijak-gambar-hadi-najib

Biadab dan kotor! Itulah ke­simpulan yang boleh dibuat terhadap perhimpunan ha­ram Bersih 4.0 yang diadakan di sini, selama dua hari bermula semalam.

Pelbagai tingkah laku biadab ditunjukkan oleh peserta-peserta perhimpunan itu yang majoritinya terdiri daripada kaum Cina. Antaranya termasuklah berjudi, tidur di jalanan, menconteng jalan raya dan mempromosi perbuatan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Ada antara mereka tanpa mempedulikan undang-undang, turut berbaring di tengah-tengah jalan raya dan mengajar kanak-kanak untuk melakukan tindakan yang sama.

Tidak cukup dengan itu, terdapat peserta bertindak kurang ajar apabila memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Mereka juga turut membawa sepanduk-sepanduk yang tertera perkataan kesat terhadap pemimpin negara.

Malah tidak terlepas menjadi sasaran maki-hamun peserta-peserta Bersih ialah Tun Dr.Mahathir Mohamad, walaupun bekas Perdana Menteri itu dua hari berturut-turut datang ke perhimpunan berkenaan.

Selain itu, kebiadaban peserta-peserta juga terserlah apabila mereka tidak mengendahkan arahan pihak berkuasa memberi laluan untuk persiapan terakhir sambutan Hari Kebangsaan 2015 esok, sebaliknya ada antara mereka merosakkan sebahagian daripada landskap di sekitar Dataran Merdeka.

Seperti diduga, hari kedua perhimpunan itu hari ini terus menjadi medan kepada pemimpin-pe­mimpin pembangkang untuk mengecam kerajaan dan sekaligus melaksanakan agenda mereka untuk menghasut rakyat.

Walaupun tiada kekecohan be­r­laku, namun ia membuktikan bagai­mana biadabnya peserta-peserta per­­him­punan tersebut melakukan apa sahaja mereka suka. Ia juga me­nunjukkan sikap toleransi pihak polis yang tidak menyuraikan perhimpunan haram sama sekali tidak dihargai.

Persoalannya, apakah segala perbuatan itu direstui oleh penganjur yang kononnya menguar-uarkan pilihan raya bersih dan telus? Kenapakah mereka membiarkan sahaja perlakuan-perlakuan yang biadab tersebut berlaku? Siapakah akan bertanggungjawab terhadap segala kekotoran yang ditinggalkan oleh peserta-peserta perhimpunan berkenaan termasuk tindakan menconteng jalan raya?

Sebab itulah pelbagai pihak mendesak pihak berkuasa bertindak tegas terhadap penganjur dan pe­mimpin politik yang terlibat ke­rana ternyata perhimpunan haram ber­kenaan dijadikan gelanggang untuk sebahagian peserta-peserta melakukan perbuatan-perbuatan tidak bermoral.

Berita Berkaitan

Anwar janji lepas jawatan jika gagal tumbangkan PN, kata Pemuda PAN Bukit Bintang

Ketua Pemuda PAN Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah Bawazeer mendakwa Anwar Ibrahim berjanji akan melepaskan...

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...