Bertahun-tahun PERMATA dan Datin Sri Rosmah telah difitnah dah ditohmah oleh pembangkang dan penyokong mereka.

Bertahun-tahun PERMATA dan Datin Sri Rosmah telah difitnah dah ditohmah oleh pembangkang dan penyokong mereka.

Sebelum ini mereka mendakwa peruntukan PERMATA bagi tahun 2015 adalah sebanyak RM711 juta. Walaupun ia ternyata TIDAK BENAR namun TIADA sekelumit ungkapan MAAF ataupun pembetulan dibuat oleh pihak pembangkang.

20161024-fitnah-peruntukan-permata

Kini mereka menuduh bahawa peruntukkan untuk perbelanjaan PERMATA bagi tahun 2017 telah meningkat kepada RM85 juta. Peruntukan ini bukanlah semata-mata untuk belanja mengurus untuk program Permata sedia ada. Mereka sengaja tidak menjelaskan bahawa peruntukan RM85 juta untuk tahun depan ini termasuk penubuhan Pusat Kecemerlangan “Top STEM talent” di Akademi Sains Negara. Selain itu, kos ini juga termasuk kerja ubahsuai untuk menjadikan Institut Pendidikan Guru Raja Melewar di Negeri Sembilan dan Kampus Tuanku Bainum di Pulau Pinang kepada Pusat PERMATA Pintar dan Berbakat.

20161024-bajet-2017-permata

Andaikata semua kos-kos di atas adalah untuk PERMATA sepenuhnya, adakah RM85juta setahun untuk pendidikan 50,000 KANAK-KANAK WARGA MALAYSIA yang merupakan MODAL INSAN dan menjadi TERAS MASA DEPAN PEMBANGUNAN NEGARA dianggap MELAMPAU?? Dimana secara purata kanak-kanak ini cuma mendapat peruntukan RM1700 setahun.

Saya nak tanya, apa yang pembangkang dah sumbangkan ataupun fikirkan mahupun rangkakan untuk PEMBANGUNAN MODAL INSAN?

Tepuk dada tanya selera.

RIZAL MANSOR

20161024-fitnah-terhadap-permata

Loading...

169 KOMEN

    • Ada menghina ke? Check sumber ye tuan jgn bila nama cina ajer sokong dap. Satu lagi kanak terencat akal pendidikan khasnye ada tempat bukan kah baik peruntukan itu disalurkn kebahagian tersebut dari timbul timbul isu isu yg tidak sedap didengar pada sesetengah pihak

  1. Soalan Datuk Husni Hanadzlah berkaitan 1MDB dalam sidang Dewan Rakyat adalah seperti berikut :

    1 – Mengapa Kerajaan tubuhkan 1MDB?

    2 – Mengapa kita letak lebih kurang USD4 bilion @ RM16 bilion dalam Aabar PJS Limited yang bukan dimiliki oleh IPIC? Sebuah syarikat yang dimiliki oleh 2 anak raja yang didaftar di British Virgin Islands.

    3 – Mengapa tindakan undang-undang diambil ke atas pengurusan 1MDB kerana masukkan duit (RM16 bilion) di tempat yang tidak betul?

    4 – Mengapa tidak ambil tindakan kepada 2 anak raja ini kerana penyelewengan wang tersebut?

    5 – Apa jadi kepada unit pelaburan bernilai lebih kurang USD1 bil yang sepatutnya matang pada tahun lalu tetapi tidak tahu kisahnya?

    6 – Apa terjadi dengan Binding Term Sheet dengan IPIC? Mengapa 1MDB tidak memenuhi perjanjian tersebut sehinggakan IPIC membuat saman melalui arbitration sebanyak USD6.5 bil bersamaan dengan RM26 bilion?

    7 -Apa jadi kepada penjualan Bandar Malaysia? Kita jual 60% kpada syarikat daripada negara China yang mempunyai minoriti shareholding daripada 2 syarikat daripada Malaysia?

    Saya (Husni) kerja bank dulu. Bila kita jual ekuiti, tambah-tambah 60%, barangnya mesti diambil sekarang. Mengapa kita biarkan bayaran itu dibayar pada tahun 2022? Ia meletakkan risiko kepada 1MDB. Risiko perniagaan dan risiko pembayaran. Mana kita tahu tahun 2022 pembayaran akan dibuat?

    8 – Switzerland akan mengambil tindakan undang2. Begitu juga dengan British. Di Singapura 2 bank telah tutup. Apa akan jadi kepada negara kita ?

    “Kemudiaan saya bangkitkan soal SRC, mengapa Kumpulan Wang Amanah Pencen berikan pinjaman sebanyak RM4 bilion dan draw down sekaligus.

    “Biasanya kita bagi pinjaman, draw down, kita bagi ikut progress payment, ini sekaligus dan tujuannya SRC ini ditubuhkan adalah untuk terlibat dalam bidang perlombongan, tapi akhirnya perbelanjaan hanya lebih kurang RM400 juta dalam perlombongan, jadi yang US$1.6 bilion itu dalam bentuk pelaburan.

    “Isunya mengapa KWAP, tidak mengambil tindakan kerana wang itu tidak digunakan spesifik untuk perlombongan dan itu sebahagiannya dalam BSI di Switzerland telah dibekukan oleh pihak berkuasa monetary, Jadi apakah tindakan KWAP untuk berbincang dengan SMA?”.

  2. Pembangkang memang kerjanya menimbulkan keraguan dikalangan rakyat.Tapi yg peliknya masih ramai rakyat yg percaya dan mudah terpedaya tanpa memikirkan kesahihannya.

    • betol bro..bnyak berlaku pembaziran utk permata, setiap tahun bajet meningkat utk program ni,tapi bajet universiti awam di potong…kita dh ade kementrian pendidikan nk buat ape ade program permate dibawah JPM yg perlukan smpai 85juta…kenape duit tu x dibuat utk menambah baik sistem pendidikan negara kita..

    • Tu la 50k budak nak ditarik ke permata nk jd apa lg sek aliran perdana…dh la sek luar bandar terutamanya setiap thn 5% kekurangan murid…

    • apa lah nama je cikgu tp hati…..dua org anak buah saya umur 2thn dan 3 thn masuk PERMATA sementara mak ayah pergi bekerja mencari rezeki pukul 5.30 ambil anak lps kerja apa yg x bagusnya wahai cikgu…..PERMATA utk kanak2 bawah 5 tahun KEMAS 5thn & 6Thn saja….PRA utk 6Thn saja….so anak2 yg bawah 5 thn boleh di hantar ke PERNATA apa yg x bagusnya…..cikgu….cikgu….awak betul2 cikgu ke…..

    • Sy tahu permata bkn setakat utk budak bawah 4 thn jek..sek men pn ada….tp sy isukan peruntukan itu trlalu tinggi…knapa bajet IPTA dipotong…knapa peruntukan sek dipotong dr 90% ke 60%..skrg nih tau ke hal ni…ya sy sokong permata ni baik..tp adil ke…???

    • Norfarizan Mohd Zubir fuhhh…bajet 85 juta hanya utk pendidikan kanak2 bwah 5 tahun???dierog belajar perlukan makmal khas ke ape smpai besar mcm tu bajet..brape ramai kanak2 yg dpt kemudahan permate ni??kenapa permata tak diletak di bawah kementerian pendidikan,tp diletakan di bwah JPM?? 2 organisasi buat satu kerja yang same..tak membazir ke mcm tu??

    • Khalid Ahmad, 85 juta tu klau di ikutkn terlalu kecil jika dbandingkn ngan projek kp yg pernah tsmy lakukan, x caya bleh tanya cikgu, berapa kali perubahan sistem yg tsmy dh buat, setiap perubahan memerlukan peruntukan bilion utk laksanaknnya…

  3. Soalan Datuk Husni Hanadzlah berkaitan 1MDB dalam sidang Dewan Rakyat adalah seperti berikut :

    1 – Mengapa Kerajaan tubuhkan 1MDB?

    2 – Mengapa kita letak lebih kurang USD4 bilion @ RM16 bilion dalam Aabar PJS Limited yang bukan dimiliki oleh IPIC? Sebuah syarikat yang dimiliki oleh 2 anak raja yang didaftar di British Virgin Islands.

    3 – Mengapa tindakan undang-undang diambil ke atas pengurusan 1MDB kerana masukkan duit (RM16 bilion) di tempat yang tidak betul?

    4 – Mengapa tidak ambil tindakan kepada 2 anak raja ini kerana penyelewengan wang tersebut?

    5 – Apa jadi kepada unit pelaburan bernilai lebih kurang USD1 bil yang sepatutnya matang pada tahun lalu tetapi tidak tahu kisahnya?

    6 – Apa terjadi dengan Binding Term Sheet dengan IPIC? Mengapa 1MDB tidak memenuhi perjanjian tersebut sehinggakan IPIC membuat saman melalui arbitration sebanyak USD6.5 bil bersamaan dengan RM26 bilion?

    7 -Apa jadi kepada penjualan Bandar Malaysia? Kita jual 60% kpada syarikat daripada negara China yang mempunyai minoriti shareholding daripada 2 syarikat daripada Malaysia?

    Saya (Husni) kerja bank dulu. Bila kita jual ekuiti, tambah-tambah 60%, barangnya mesti diambil sekarang. Mengapa kita biarkan bayaran itu dibayar pada tahun 2022? Ia meletakkan risiko kepada 1MDB. Risiko perniagaan dan risiko pembayaran. Mana kita tahu tahun 2022 pembayaran akan dibuat?

    8 – Switzerland akan mengambil tindakan undang2. Begitu juga dengan British. Di Singapura 2 bank telah tutup. Apa akan jadi kepada negara kita ?

    “Kemudiaan saya bangkitkan soal SRC, mengapa Kumpulan Wang Amanah Pencen berikan pinjaman sebanyak RM4 bilion dan draw down sekaligus.

    “Biasanya kita bagi pinjaman, draw down, kita bagi ikut progress payment, ini sekaligus dan tujuannya SRC ini ditubuhkan adalah untuk terlibat dalam bidang perlombongan, tapi akhirnya perbelanjaan hanya lebih kurang RM400 juta dalam perlombongan, jadi yang US$1.6 bilion itu dalam bentuk pelaburan.

    “Isunya mengapa KWAP, tidak mengambil tindakan kerana wang itu tidak digunakan spesifik untuk perlombongan dan itu sebahagiannya dalam BSI di Switzerland telah dibekukan oleh pihak berkuasa monetary, Jadi apakah tindakan KWAP untuk berbincang dengan SMA?”.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini