30 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2020

‘Bertempur’ dengan semangat 1BN – Dr Stephen Rundi Utom

Datuk Dr Stephen Rundi Utom

KUCHING: Empat komponen parti Barisan Nasional (BN) Negeri diingatkan untuk ‘bertempur’ dengan semangat 1BN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Setiausaha Agung BN Negeri Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata, parti komponen tidak harus fokus kepada satu dalam perjuangan sebaliknya mencari cara untuk menggembleng tenaga bersama.

“Apabila menghadapi pilihan raya, ramai personaliti muncul dengan pelbagai kerenah serta parti baharu yang timbul malah ada mendakwa diri sebagai mesra BN untuk mendapatkan sokongan daripada BN.

“Seperti yang anda semua maklum menerusi akhbar, apa yang berlaku kini, jika kita tidak fokus kepada satu perjuangan bagaimana dapat menggembleng tenaga bagi memastikan kita dapat berjuang,” katanya.


Menurut Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu, kini bagi menghadapi pelbagai situasi yang berlaku semua parti komponen saling memerlukan antara satu sama lain, jika ingin memenangi pilihan raya akan datang.

Beliau berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat daripada ahli Jawatankuasa Malam Bersama Sahabat P.195 Bandar Kuching dan P.196 Stampin (Night With P.195 and P.196 Friends) anjuran Pergerakan Wanita Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Bahagian Pending di pejabatnya di sini, semalam.

Dr Rundi menasihati ahli parti khasnya Pergerakan Pemuda dan Puteri lebih berhati-hati dalam mengatur strategi yang boleh menjadi kelemahan kepada parti sendiri.

“Dalam pilihan raya negeri terakhir, banyak yang kita harapkan terlalu awal dan ini membolehkan musuh kita membuat ramalan bagi memenangi pertarungan malah separuh daripada pertarungan sudah dimenangi mereka.

“Jadi kita mesti memastikan dengan serius bahawa kita dapat menang. Bukannya kita lemah cuma kita sendiri yang membuat diri lemah yang memudahkan pihak lawan,” katanya yang juga Menteri Muda Pembangunan Belia (Luar Bandar).

Dr Rundi dalam pada itu menggesa ahli parti komponen khasnya Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) untuk meneliti pergerakan pengundi termasuk di konstituensi Batu Kawah dan Pending masa kini yang sering berubah trendnya.


Sementara itu, Pengerusi Pengelola (Night With P.195 and P.196 Friends) Wendy Earnest Sadan berkata, program yang diadakan pada 29 Ogos itu nanti turut dimeriahkan dengan konvoi kereta yang disertai beberapa presiden parti komponen bermula dari ibu pejabat SPDP kemudian ibu pejabat SUPP dan berakhir di pusat beli-belah tHe Spring.

“Sehingga kini kami telah mengadakan enam mesyuarat bersama bagi menjayakan program yang berobjektifkan untuk melancarkan jentera BN bagi kedua-dua Parlimen Stampin dan Bandar Kuching.

“Program bertemakan Best Friend Forever Charity Movie Night diadakan di MBO pusat beli-belah tHe Spring di sini bermula pada jam 6.30 petang,” kata Wendy.

Hadir sama Pengerusi SPDP Bahagian Pending Athanasius Audie Chua, Ketua Pemuda SUPP Tan Kai dan Setiausaha Agung Pemuda SUPP Pusat Wilfred Yap.

 


 

Adakah Prestasi BN Sarawak Lebih Baik Pada Pilihan Raya Umum Akan Datang?

Datuk Dr Stephen Rundi Utom

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Sarawak Datuk Dr Stephen Rundi Utom dijadul mengadakan pertemuan dengan pucuk pimpinan BN pada 1 Nov untuk mengemukakan laporan mengenai persiapan negeri bagi pilihan raya umum ke-13. Beliau berkata laporan itu, antara lain, termasuk strategi BN negeri, calon parti-parti komponen BN, serta isu membabitkan kawasan-kawasan bandar, akan diserahkan kepada Perdana […]

 

Berita Berkaitan

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan