26.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 26, 2020

Bertolerasi jangan sampai runtuh benteng agama – Agong

PUTRAJAYA – Penghijrahan negara ke tahap yang lebih tinggi boleh dicapai melalui pembentukan semangat toleransi dan kerjasama rakyat berbilang kaum yang menjadi asas kukuh kepada perpaduan negara.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagaimanapun bertitah, konsep ini tidak boleh diterjermahkan secara umum hingga melanggar perintah agama.

Titah baginda, perkara dan perbuatan yang bercanggah dengan ajaran yang dituntut Islam jika ditoleransi meruntuhkan benteng agama.

“Justeru dalam kita berusaha melakukan hijrah kepada hidup bermasyarakat yang lebih toleransi serta disemai dengan bunga kasih sayang.

“Janganlah pula kita mengabaikan tuntutan agama dan hukum Allah SWT,” kata baginda.

Sultan Abdullah bertitah pada majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Turut berangkat mencemar duli, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.


Hadir sama, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof.

Seri Paduka Baginda menyifatkan peristiwa hijrah Rasulullah SAW adalah lambang pengorbanan dan kejayaan yang wajar diteladani.

Baginda turut mengajak seluruh rakyat untuk berhijrah membentuk sebuah negara yang maju dengan asas perpaduan dan keharmonian yang utuh.

“Kita telah jauh mengorak langkah membentuk sebuah negara merdeka yang berdaulat.

“Kemerdekaan negara adalah merupakan satu nikmat dan rahmat kurniaan Allah SWT.

“Sama-samalah kita memelihara nikmat dan rahmat ini buat bekalan kepada generasi yang akan datang,” titah baginda.
– MalaysiaGazette

Berita Berkaitan

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Lelaki maut alat pemadam api meletup depan rumah

SUNGAI PETANI: Lelaki maut selepas pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya di...

Tiga lagi MPV mewah bernilai RM750,000 disita SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita tiga lagi kenderaan mewah milik ejen...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...