Besar ganjaran menanti 10 malam pertama Zulhijjah… rugilah sesiapa tak rebut peluang ini

BULAN Zulhijjah yang disamput pada kali ini sedikit berbeza berbanding tahun-tahun terdahulu kerana kebiasaannya jemaah haji sudah berpusu-pusu ke Makkkah.

Bagaimanapun pada tahun ini kerajaan telah menangguhkan untuk umat Islam menunaikan ibadah tersebut akibat penularan Covid-19.

Walaubagaimanapun kita sebagai umat Islam mesti dan wajib beriman kepada qada dan qadar Allah.

Bulan Zulhijjah merupakan bulan yang penuh dengan kelebihan bagi sesiapa yang beramal dalam bulan tersebut khususnya pada 1 sehingga 10 Zulhijjah.

Firman Allah di dalam Surah Al-Fajr ayat ke 2: Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah).

Ibnu Kathir menyebut mengenai malam yang sepuluh itu ialah sepuluh malam yang pertama pada Bulan Zulhijjah. Demikian juga tafsiran Ibnu Abbas, Ibnu Az-Zubair, Mujahid dan lainnya.

Ini disokong oleh hadis Baginda Rasulullah. Sabda Baginda Nabi: “Tidak ada hari yang mana amal soleh dilakukan padanya lebih dicintai oleh Allah daripada sepuluh hari ini (awal Zulhijjah).” Mereka berkata; Wahai Rasulullah! Tidak juga berjihad di jalan Allah? Baginda SAW berkata: “Tidak juga berjihad di jalan Allah melainkan seseorang itu keluar dengan jiwa dan hartanya kemudian dia tidak kembali (syahid) dengan membawa sesuatu pun. – [HR Bukhari 969].

Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar: Yang jelasnya, antara sebab istimewanya sepuluh hari Zulhijah ini ialah kerana terhimpun di dalamnya beberapa ibadat yang besar iaitu, solat, puasa, sedekah dan Haji. Pada waktu lain, ibadat-ibadat ini tidak pernah terhimpun sebegitu.

Di sana terdapat banyak amalan yang boleh dilakukan untuk meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah. Maka rugilah bagi mereka yang mendapat peluang keemasan ini tetapi mensia-siakannya dengan pelbagai alasan. Antara amalan yang boleh dilakukan adalah;

1. Puasa

Puasa merupakan ibadah yang agung. Ini kerana hanya puasa yang Allah janjikan akan dilipat ganda ganjarannya bagi mereka yang sentiasa mengerjakan ibadah tersebut. Oleh itu menjadi satu sunnah Baginda Rasulullah berpuasa pada sepuluh hari terawal Bulan Zulhijjah.

Dari Hafshah dia berkata: Empat perkara yang tidak pernah ditinggalkan oleh Baginda Rasulullah: Puasa ‘Asyura, puasa sepuluh hari (di Bulan Zulhijjah), puasa tiga hari dalam setiap bulan dan dua rakaat sebelum Subuh. – [HR An-Nasai 2373]

2. Takbir, Tahlil dan Tahmid

Memuji Allah pada hari-hari yang sangat dicintai Allah adalah satu amalan yang sangat baik. Segala bentuk amalan yang mengingatkan kita kepada Allah merupakan satu amalan yang sangat dituntut lebih-lebih lagi dengan kita perbanyakan takbir, tahlil dan tahmid.

Ini kerana berdasarkan hadis Baginda Rasulullah: Tiada hari-hari yang lebih agung dan disukai oleh Allah untuk beramal soleh selain 10 hari ini. Maka, perbanyakanlah tahlil, takbir, dan tahmid pada-Nya. – [HR Ahmad 6154].

3. Melakukan ibadah korban

Kebanyakan orang Islam lupa akan kelebihan ini iaitu melakukan ibadah korban. Berkorban merupakan salah satu ibadah yang agung sebagaimana yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim kepada anaknya Nabi Ismail bagi memenuhi perintah Allah.

Dalam sebuah hadis Sabda Baginda Rasulullah: Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari Al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada reda Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban). – [HR Tirmizi 1493].

Maka setiap muslim hendaklah menyambut kedatangan musim kebajikan umumnya dengan bertaubat yang sebenar-benarnya, meninggalkan segala dosa dan maksiat kerana dosalah yang menyekat manusia daripada kebaikan dan menjauhkannya dari Tuhannya.

Kita juga perlu menanam semangat dan azam yang kuat untuk mendapatkan keredaan Allah SWT. Firman Allah di dalam Surah Al-Ankabut ayat 69 yang bermaksud: Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredaan) Kami, nescaya Kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama mereka yang berbuat baik.

Oleh yang demikian keistimewaan yang Allah kurniakan kepada kita pada hari ini marilah sama-sama kita usaha melaksanakannya agar kita sentiasa menjadi hamba Allah yang bersyukur. Lakukan mana-mana amal kebaikan walaupun sedikit asalkan kita tidak terlepas peluang yang ada.

Disamping kita mengerjakan ibadah sunnah, kita juga wajib memperbaiki semua amalan-amalan fardu yang dituntut kepada kita untuk dilaksanakan. Cuba kita lihat bagaimana pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang sanggup berkorban demi melaksanakan perintah Allah walaupun terpaksa mengorbankan nyawa.

Seperti mana pesanan nabi SAW ketika Baginda memberikan khutbah yang terakhir pada Hari Jumaat, 9 Zulhijjah di tahun 10 hijrah.

Baginda Rasulullah ketika itu berwukuf bersama 144,000 orang Islam di padang Arafah. Baginda telah menyampaikan suatu amanat yang mengandungi pengajaran dalam kehidupan masyarakat Islam.

Antara pesanan Rasulullah ialah: Hendaklah kamu mengabdikan diri kepada Allah, Tuhan kamu, dirikanlah solat lima waktu yang difardukan itu, kerjakanlah puasa sebulan Ramadan, keluarkanlah zakat harta kamu dengan rasa reda daripada hati sanubarimu, tunaikanlah ibadah haji di Baitullah, taatilah pemerintah dan pemimpin kamu, nescaya kamu akan memasuki syurga Tuhanmu.

Mudah-mudahan dengan hadirnya Zulhijjah pada kali ini akan dapat mengubah kita menjadi lebih baik berbanding kita sebelum ini.

Ingat, jika kita sayang Allah dan nabi kita dengan menurut perintah yang diturunkan, nescaya Allah akan lebih mencintai dan menyayangi kita.

Oleh: Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan (Hadi Almaghribi)
Penceramah bebas dan selebriti TV Al-Hijrah dan boleh diikuti di laman Instagram dan Facebook

Berita berkaitan

Cara Solat Sunat Tahajjud Ringkas Serta Doa

Solat dan ibadah pada waktu malam takkala orang lain sedang lena dibuai mimpi itu amat mendekatkan diri kita kepada Allah SWT serta mempunyai pelbagai...

Memang Kafir Harbi pun !

Ini kerana walaupun sekiranya mereka tidak/belum mengangkat senjata keatas umat Islam/pemimpinnya dengan hanya mengkritik Islam atau hukum hakam Islam maka mereka dikira sebagai Kafir Harbi dan melanggar perjanjian sebagai Kafir Zimmi (seandainya istilah itu digunakan).

Panduan Mudah Cara Solat Sunat Witir Serta Doa

Solat Sunat Witir. Witir bermaksud ganjil, iaitu tidak genap rakaatnya. Solat yang boleh dilakukan secara berseorangan atau berjamaah. Hukum Solat Sunat Witir adalah sunat muakkad,...

Suka mengumpat? Enam kategori diharuskan Islam

Menyentuh tentang kezaliman Meminta tolong menghentikan kemungkaran Meminta fatwa Takut dari keburukan Menunjuk-nunjuk perbuatan fasiq Mengumpat diharuskan agama tetapi perlu mengikut tujuan tertentu, menurut...

Urus mayat Covid-19 berbeza dengan jenazah pesakit HIV/AIDS!

Kaedah menguruskan jenazah Covid-19 sama sekali berbeza dengan mayat pesakit HIV/AIDS kerana untuk mereka yang dijangkiti virus yang dipercayai berasal dari Wuhan ini, pengendali...

Covid-19: Sultan Selangor titah tangguh semua aktiviti surau, masjid hingga 31 Mei

Setiap rakyat perlulah lebih serius dalam usaha mencegah jangkitan wabak ini dengan duduk di rumah, menjaga kebersihan diri dan kesihatan serta mengamalkan penjarakan...

Solat hajat minta PH kaji keputusan tamatkan guru al-Quran

Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, solat hajat diadakan bagi memohon kepada Allah supaya pintu hati pemimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH) terbuka untuk mengkaji semula...

PKP: SOP solat tarawih akan diputuskan

Kerajaan akan membuat keputusan berhubung kebenaran pelaksanaan solat tarawih di masjid sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) keempat dengan prosedur operasi standard (SOP) tertentu seperti...

[Video] Makkah, Madinah masih ‘lockdown’…

Duta Arab Saudi maklumkan tiada pembukaan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pada 8 Ramadan Arab Saudi pada akhir Februari memutuskan menggantung kemasukan jemaah...

Covid-19: Wabak dan penyakit berjangkit menurut pandangan Islam

Disini ada 9 perkara berkenaan dengan pandangan Islam terhadap penyakit berjangkit dan wabak ini seperti berikut: 1. Berlakunya jangkitan (infection) penyakit adalah diakui oleh Nabi...
... ..

Terkini

Germany says Russian Covid-19 vaccine has not been sufficiently tested

BERLIN German Health Minister Jens Spahn on Wednesday said Russia's Covid-19 vaccine had not been sufficiently tested, adding the aim was to have a...

Hate Speech (and a bit of a Rant)

Nampaknya Fesbuk mendapati post saya mengenai cara orang Cina boleh menunjukkan bagaimana mereka terlalu angkuh dan sombong sebagai 'hate speech'. Dan mesej ini dari seorang...

Siasat Tun M, LGE dan Tommy

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menggesa siasatan terhadap salah guna kuasa rentetan daripada pendedahan YB Dato’ Takiyuddin Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal...

Rasuah punca premis haram dilindungi di Sg Buloh – SPRM

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan tiga pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Cawangan Sungai Buloh kerana dipercayai mengutip dan...

Lelaki didakwa bunuh pensyarah UIAM

SEORANG lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Sepang, hari ini, atas tuduhan membunuh seorang pensyarah sebuah universiti awam, yang juga isterinya, di satu lokasi berdekatan...

Perbelanjaan naik taraf Stadium Shah Alam libatkan kos RM250 juta – MB Selangor

Kerajaan negeri Selangor masih meneliti kerosakan yang berlaku di Stadium Shah Alam sebelum mengeluarkan perbelanjaan yang sepatutnya untuk proses menaik taraf venue berkenaan. Menteri Besar...

Dr Mahathir, Tommy Thomas dan Guan Eng tipu rakyat

KUALA LUMPUR : Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz hari ini mendedahkan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas pernah berhasrat untuk menyelesaikan...

Warisan sedia kerjasama dengan parti baru Tun Mahathir

TAWAU — Parti Warisan Sabah (Warisan) sedia bekerjasama dengan parti baharu yang diumumkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Presidennya Datuk Seri Mohd...

Australian man charged with bribing Malaysian official to secure sale of MARA’s Dudley House

Australian federal police have charged one of its citizens for allegedly bribing a Malaysian government official to secure the sale of a multi million-dollar...

Kluster Sivagangga: Enam sekeluarga di Kulim dibawa ke hospital

Enam orang dari sebuah keluarga di Kulim yang dipercayai positif COVID-19 diambil pasukan Covid Kementerian Kesihatan (KKM) kira-kira jam 6 petang tadi. Kesemua mereka dipercayai...

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Projek JUAL NEGARA oleh Rejim PH dah settle – jom kita bersorak dengan gembira

Dalam rundingan. Ramai yang minat. Sabar. Tapi mesti kasi settle. Syarikat lapangan terbang Malaysia Airports Berhad ada jual tak?

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

Mukhriz jual 72,600 saham dalam Opcom

Berikutan penjualan itu, Mukhriz, pemegang saham utama dalam syarikat itu, kini hanya memegang 34.89 juta saham atau 21.64 peratus kepentingan, kata Opcom dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Terowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa?

Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat...