24.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, March 7, 2021

Biar rakyat pilih Kerajaan Perak menerusi pilihan raya

Lepas ini kita ramai-ramai pergi Petak. Kalau PPBM tak umpan 3 pengkhianat Umno melompat, Perak sudah tentu milik Muafakat Nasional sekarang ini.

…………
Biar rakyat pilih Kerajaan Perak menerusi pilihan raya

Percakaran yang berlaku dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) Perak hari ini, selain memual turut membimbangkan rakyat kerana kemungkinan akan berlaku ketidakstabilan pentadbiran.

Ketua Penerangan Pas negeri, Hafez Sabri berkata, walaupun kepemimpinan cuba menafikannya, tetapi keretakan itu berlaku secara jelas dan nyata.

Beliau menjelaskan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan pemimpin PH tidak perlu sembunyikan perbalahan itu kerana umum sudah tahu dan melihat klip video yang dikaitkan seorang pemimpin daripada parti itu yang berusaha ‘membeli’ beberapa ADUN pembangkang untuk menjatuhkan Menteri Besar.

“Nampak ada usaha oleh individu tertentu dalam kerajaan PH Perak untuk ‘membeli’ ADUN pembangkang bagi menggulingkan Ahmad Faizal selaku Menteri Besar. Namun, usaha itu tidak berjaya dan gagal.

“Sebelumnya tersebar klip video yang memaparkan perancangan pemimpin PH hendak menggulingkan Menteri Besar, namun dinafikan pelaku dalam video berkenaan dengan mendakwa sebaran audio tersebut bersifat tidak kukuh dan pelbagai kemungkinan boleh berlaku dalam era ini,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Menurut Hafez, tindakan terbaik ialah mengembalikan semula kuasa kepada rakyat untuk membuat pilihan kerajaan baharu menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Katanya, kerajaan PH Perak ketika ini diumpamakan tidur sebantal, tetapi mimpi dan angan-angan berbeza, kerana tidak lagi mempunyai titik persamaan.

“Kerajaan PH Perak perlu segera dikeluarkan dari terus memimpin kerajaan negeri kerana perlawanan dan pertembungan politik dalam kalangan sendiri telah menunjukkan mereka tidak pernah serius menyelesaikan masalah rakyat.

“Sebaliknya lebih gemar berebut kuasa dan pangkat serta saling mengejar mahu merebut jawatan Menteri Besar di peringkat negeri dan Perdana Menteri di peringkat persekutuan,” katanya. – Malaysiagazette

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.