26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 16, 2021

Bicara kes rasuah Guan Eng, Li Koon ditangguh: Kata Tak Sabar Nak Buktikan Dia Tidak Bersalah Di Mahkamah

Minggu lalu, Guan Eng memberitahu media Cina bahawa beliau tidak bersalah atas tuduhan rasuah. Katanya, beliau mempunyai bukti yang akan membuktikan dia tidak bersalah tetapi tidak boleh mendedahkannya diluar mahkamah kesana dia boleh didakwa kerana menghina mahkamah.

Katanya, beliau tidak sabar untuk pebicaraan kes mahkamah untuk mendedahkan “bukti” dan yang akan membersihkan namanya.

Sekarang, dia sekali lagi menangguhkan dua kes rasuah kerana beliau sedang membuat rayuan mencabar undang-undang rasuah yang dikenakan terhadap beliau adalah bercanggah dengan Perlembagaan – walaupun ianya telah digunakan selama beberapa dekad dan ia sudah cukup baik dan Khir Toyo juga pernah didapati bersalah kerana kes yang sama dan dipenjarakan.

Mengapa Guan Eng terus melengahkan perbicaraan dengan pelbagai cabaran sedangkan dia pernah berkata dia tidak sabar untuk mendedahkan keterangannya yang katanya akan membuktikan dia tidak bersalah?

Melainkan terdapat beberapa perkara yang beliau tidak mahu ianya didedahkan di mahkamah oleh pendakwaraya untuk diketahui oleh orang ramai.

Berani kerana Benar.


Bicara Kes Rasuah Guan Eng, Li Koon Ditangguh

PULAU PINANG: Mahkamah Tinggi di sini pagi ini menangguhkan perbicaraan pertuduhan rasuah Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon yang sepatutnya bermula 27 Mac ini.

Perbicaraan itu ditangguhkan bagi menunggu keputusan rayuan pihak pembelaan mencabar keputusan mengisytiharkan Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai tidak berperlembagaan dan tidak sah.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan itu berikutan permohonan daripada peguambela, Gobind Singh Deo dalam prosiding yang berlangsung pagi tadi.

Sehubungan itu, kata beliau, tarikh 27 Mac ini dilapangkan sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan dan menetapkan 25 April ini untuk pengurusan semula kes.

Berita Berkaitan

Komen

  1. Spesis2 mcm Bang Non dan tokpekong komunis kulup kopet sepet selet (KKSS) kafir harbi biadab ni memang suka mengelak daripada diadili yg menyebabkan pembaziran waktu, wang dan kepakaran. Apakah tiada sistem pengadilan yg boleh bertegas terhadap bajingan2 politik spt ini?

  2. Spesis2 mcm Bang Non dan tokpekong komunis kulup kopet sepet selet (KKSS) kafir harbi biadab ni memang suka mengelak daripada diadili yg menyebabkan pembaziran waktu, wang dan kepakaran. Apakah tiada sistem pengadilan yg boleh bertegas terhadap bajingan2 politik spt ini?

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.