BARIO: Persediaan untuk peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi Sekolah Kebangsaan (SK) Bario terjejas apabila satu blok bilik darjah musnah dalam kebakaran kira-kira jam 5.30 petang tadi.
Bekas Pengarah Jabatan Imigresen Sarawak, Datuk Robert Lian yang menghubungi media petang tadi berkata, kebakaran itu berlaku dengan cepat dan keadaan bertambah buruk apabila tiada alat memadam kebakaran di sekolah berkenaan.
“Bilik darjah yang terbakar itu dipercayai akan digunakan untuk peperiksaan UPSR esok,” katanya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata, pihaknya sudah dimaklumkan oleh pihak polis Marudi mengenai kejadian itu.
“Anggota bomba dari Marudi pergi ke lokasi kejadian yang memerlukan masa perjalanan selama 13 jam,” katanya.
Bilik kelas SK Bario terbakar https://t.co/kVCDAIgdvv https://t.co/og4b1KuDtz
Bilik kelas SK Bario terbakar https://t.co/6twH0OtxNU
Bilik kelas SK Bario terbakar https://t.co/MaqDHEhb6Z
Bilik kelas SK Bario terbakar: BARIO: Persediaan untuk peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bag… https://t.co/z4Pp0JXRK9
Azmi Haron liked this on Facebook.
Said Awang PS liked this on Facebook.
Bilik kelas SK Bario terbakar https://t.co/KGfliRbI4R
RT @CyTroHS: Bilik kelas SK Bario terbakar: BARIO: Persediaan untuk peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bag… https://t.co/…
Azmir Abdullah liked this on Facebook.