Bimbang Arab Saudi tarik balik visa pelancong kerana perbuatan Sajat - pakdin.my

Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH) berharap kelakuan usahawan kosmetik, Nur Sajat memakai pakaian wanita ketika mengerjakan umrah tidak menjejaskan hubungan baik antara Malaysia dan Arab Saudi.

Presidennya, Datuk Seri Razali Mohd. Sham berkata, persatuan tersebut bimbang sekiranya Arab Saudi menarik balik keistimewaan penggunaan Visa Pelancongan yang telah diberikan kepada jemaah Malaysia baru-baru ini.

Jelasnya, kerajaan Arab Saudi mengenakan undang-undang yang tegas dan melarang golongan transgender daripada menunaikan ibadah haji dan umrah yang mana hanya jemaah lelaki dan wanita sahaja yang diberi kebenaran untuk menunaikan ibadah berkenaan mengikut maklumat jantina seperti yang tertera pada pasport dan borang permohonan visa mereka.

“Kekhuatiran kami bersandarkan laporan media terhadap jemaah transgender dari Pakistan yang dihukum pada 2017.

“Insiden tersebut membuatkan banyak badan bukan kerajaan (NGO) di Pakistan tidak berpuas hati sehingga menjadikan hubungan di antara kedua-dua negara tegang.

“PAPUH berharap pihak berkuasa Malaysia mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana individu yang dengan sengaja mencemarkan nama Malaysia sebagai sebuah negara Islam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman menimbulkan kontroversi terbaharu apabila memuat naik video dan gambar di tanah suci Mekah selepas mengerjakan umrah sambil memakai telekung.

UTAMAGAYA HIDUPBimbang Arab Saudi tarik balik visa pelancong kerana perbuatan Sajat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium