Bintang Filem Rajesh Khanna Meninggal Dunia Akibat Kanser - pakdin.my

image

Bintang filem bollywood, Rajesh Khanna meninggal dunia di Mumbai. Beliau berumur 69 tahun.

Media India melaporkan beliau meninggal akibat kanser.

Rajesh Khanna yang berkahwin dengan heroin filem Bobby, Dimple Kapadia telah berlakon dalam lebih 160 buah filem termasuk yang terkenal Kati Patang, Aaradhana, Andaz, Haathi Mere Saathi dan Amar Prem.

Khanna dan bekas isterinya Dimple mempunyai dua orang anak perempuan Twinkle Khanna yang berkahwin dengan aktor Akshay Kumar dan Rinke Khanna yang berkahwin dengan ahli perniagaan Sameer Saran.

Badan Penyiaran British (BBC) turut menghasilkan filem mengenai beliau bertajuk Bombay Superstar pada 1974.

Sebuah buku teks Universiti Bombay turut mengandungi esei mengenai beliau bertajuk The Charisma of Rajesh Khanna.

UTAMABERITABintang Filem Rajesh Khanna Meninggal Dunia Akibat Kanser

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium