25 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2020

Blog, Saluran Alternatif Untuk Bersuara – Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir

Saluran alternatif seperti blog harus dijadikan platform pemimpin parti politik untuk bersuara, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita boleh guna blog untuk bersuara. Kalau tidak boleh bersuara dalam parti, kita guna blog. Dalam parti, kadang-kala dia (pemimpin) pun tak berapa dengar.

“Kita ada kebebasan bersuara. Jadi, kita boleh bersuara tetapi kalau orang lain tak berapa dengar, kita tak boleh buat apa-apa,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan bertajuk ‘Dilema Ekonomi Bangsa Malaysia’ di Universiti Putra Malaysia Rabu.

Beliau diminta mengulas dakwaan veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah bahawa beliau menubuhkan badan bukan kerajaan (NGO) Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) kerana tidak ada ruang untuknya bersuara dalam parti.

Semalam, Ku Li, yang juga Presiden Amanah, berkata pertubuhan itu bebas dianggotai pelbagai fahaman politik untuk menyuarakan apa saja pandangan berhubung kepentingan rakyat.

Mengenai cadangan DAP mengurangkan kakitangan awam, Dr Mahathir berkata berdasarkan pertambahan populasi di Malaysia, maka lebih ramai penjawat awam diperlukan.

“Untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam dengan memecat mereka, itu sangat teruk.

“Ketika saya mengambil alih jawatan Perdana Menteri, kita mempunyai kira-kira 13 juta rakyat, namun apabila saya mengundurkan diri, populasi kita meningkat kepada 26 juta. Populasi bertambah jadi kita memerlukan lebih ramai kakitangan awam,” katanya sambil menambah penswastaan dapat menyerap kakitangan awam ke sektor swasta dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

Sebelum itu, Dr Mahathir berkata kerajaan harus memastikan pengagihan pendapatan yang adil dan saksama di kalangan rakyat pelbagai kaum bagi mencapai status negara maju.

“Kalau kita sedar pentingnya imbangan antara miskin dan kaya supaya jurang tidak terlalu jauh, maka kita akan mencapai kemajuan. Kita tidak boleh terlalu mengejar kemajuan tanpa mengambil kira mereka yang mungkin tertinggal di belakang.

“Inilah dilema ekonomi Malaysia. Namun demikian, kita dapat menyediakan rakyat kita supaya dapat merebut peluang yang wujud dalam negara yang stabil dan tumbuh dengan pesatnya,” katanya.

Selain itu, Dr Mahathir menyarankan rakyat Malaysia agar memahami dilema kerajaan untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi, yang akan ‘disertai’ kos perbelanjaan serta sara hidup tinggi.

“Maka, kerajaan perlu bijak menangani agar tidak berlakunya rusuhan untuk menjatuhkan kerajaan,” katanya.

Beliau turut meminta rakyat Malaysia agar tidak cerewet dan terlalu memilih pekerjaan demi kepentingan ekonomi negara.

Dr Mahathir berkata kebanjiran pekerja asing di negara ini menjadikan golongan itu cekap dalam sesuatu bidang, dan pada masa yang sama, pendapatan mereka meningkat serta menyebabkan pengaliran wang ke luar negara meningkat.

“Ini (pengaliran wang ke luar negara) secara tidak langsung menyebabkan negara kita akan menjadi miskin,” katanya.

Berita Berkaitan

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan...
00:00:53

#PRNSabah: Penularan Covid-19 di Sabah sandiwara kata Calon Warisan, Mohamaddin Ketapi

"Covid pandai melonjak hanya masa pilihanraya. Lepas pilihanraya, kes Covid di Sabah turun ke sifar" tuduh Ketapi. Pemimpin Warisan ini teruskan tuduhan dia bahawa kenaikan...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan