30 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 25, 2020

Blog Tun Dr Mahathir Diserang Malware

KUALA LUMPUR: Laman blog Tun Dr Mahathir Mohamad http://chedet.co.cc mengalami beberapa masalah akibat serangan malware.

Pegawai khas beliau, Sufi Yusof, berkata serangan pertama terhadap laman blog itu berlaku pada 7 April tetapi diisytihar “bersih” oleh enjin carian global Google pada 12 April.

Laman blog itu sekali lagi diserang malware pada 22 April dan langkah sedang diambil untuk mendapatkan pengesahan Google bahawa chedet.co.cc bebas daripada malware, katanya kepada BERNAMA hari ini.

Akibat serangan malware, kelajuan komputer semakin berkurangan terutamanya ketika melayari internet kerana dibebani parasit komputer.

Sufi berkata setelah laporan dibuat kepada Google, pihaknya memerlukan masa tiga atau empat hari untuk mendapatkan pengesahan bahawa tapak itu bebas daripada malware.

Katanya jika perlu, laman blog itu akan dipindahkan ke tapak lain. “Sekiranya kami tidak dapat selesaikan perkara ini dengan Google, mungkin kami perlu menimbang pilihan untuk memindahkan chedet.co.cc ke tapak lain memandangkan masa rosaknya menimbulkan keadaan kucar-kacir.

“Pembaca kami tidak dapat masuk serta membaca dan memberi komen, manakala pengiklan pula tidak boleh mendapat pendedahan melalui ruang yang mereka ambil.

Bagaimanapun, buat masa ini, kami menanganinya secara satu persatu dan pemindahan hanyalah suatu pilihan,” katanya.

Pembaca dari seluruh Malaysia menghadapi masalah untuk melayari laman blog itu apabila cubaan mereka untuk masuk disekat. – BERNAMA

 






Berita Berkaitan

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,356PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan