BLOK KETIGA PEMBANGKANG AKAN HANCUR ANGKARA PPBM - pakdin.my

PENUBUHAN blok ketiga pembangkang pada 16 Mac 2016 antara PAS dan Ikatan kini retak menanti belah.

Pada tarikh itu, Hadi Awang, Presiden PAS menggengam erat tangan Kadir Sheikh Fadzir, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Malaysia) dalam satu perjanjian politik. Salam politik antara PAS dan Ikatan itu dinamakan “Malaysia Sejahtera” dan digelar blok ketiga oleh mereka.

Blok ketiga politik yang masih belum menghampiri usia setahun itu berkemungkinan besar akan hancur gara-gara berlakunya campurtangan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) melalui ‘misi memikat PAS’ untuk bekerjasama.

Misi berkenaan pada mulanya turut diusahakan oleh DAP yang menguasai Pakatan Harapan, namun selepas PAS ‘jual mahal’ terhadap ajakan parti ‘cauvinis’ itu, maka mereka mula berubah fikiran.

Hanya yang tinggal adalah perbincangan untuk bersama dengan pihak PPBM. Ia telah berlangsung pada 1 Februari 2017 lalu di Kuala Lumpur. Kata sepakat yang diperoleh hanyalah cadangan untuk membentuk Jawatankuasa Teknikal PAS-PPBM. Namun, keputusan itu masih bergantung kepada pucuk pimpinan kedua-dua parti.

Apa yang pasti, PAS telah meletakkan syarat bahawa tiada sebarang kerjasama dijalin dengan DAP dan PKR andai PPBM ingin bersama-sama mereka. Manakala rakan blok ketiga pembangkang PAS iaitu Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) juga mengugut untuk meninggalkan blok itu sekiranya PAS bersubahat dengan Pakatan Harapan dikuasai DAP.

Soalnya sekarang, PPBM pula tidak berdaya untuk berdiri sendiri. Mereka memerlukan ‘payungan’ dari Pakatan Harapan yang dikuasai DAP untuk menghadapi PRU14 akan datang. Manakala, PAS pula sudah meletakkan ‘fatwa’ bahawa haram melakukan sebarang kerjasama dengan DAP.

Maka tak mustahil proses campurtangan PPBM keatas PAS ini akan menyebabkan blok ketiga politik tersebut akan hancur lebur tanpa menunggu proses PRU14 tiba. Sekiranya PAS masih berdegil untuk bersatu dengan PPBM, manakala parti serpihan Umno itu pula berani untuk meninggalkan DAP, maka berlakulah satu lagi pertembungan blok politik baharu tanah air.

Dari sisi lain, usaha menyatukan PAS dengan parti bunga ini diusahakan oleh saki baki geng “harumanis dan Anwarinas” yang ada dalam PAS. Tuan Ibrahim dan Mahfuz adalah orang yang main peranan ini.

Jika PAS ikut parti bunga, tidak mustahil suatu hari nanti Tuan Ibrahim akan melawan Hadi Awang sebagai Presiden dan Mahfuz lawan di kerusi Timbalan. Mereka berdua sedang rosakkan PAS dari dalam.

Soalnya, beranikah PPBM untuk berpisah dengan DAP dan mampukah PAS untuk meninggalkan rakannya dalam blok ketiga politik ini?

PAS sudah pun khianati IKATAN blok ketiga. Pakat pula dengan PPBM nanti, PAS akan kena khinati balik sama macam yang PAN lakukan pada mereka.

Akhirnya, PAS akan senasib dengan Lebai Malang. Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong keciciran.

20161221-mahathir-krisis-keyakinan-melayu

UTAMAPOLITIKBLOK KETIGA PEMBANGKANG AKAN HANCUR ANGKARA PPBM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium