Bloomberg salah fakta atau Tony Pua tak berfakta?

Saya membaca tulisan YB Tony Pua semalam yang membidas portal ekonomi dunia Bloomberg berkenaan laporan negatif terhadap ekonomi Malaysia. Dan seperti biasa, ia dikongsi oleh pelbagai pemimpin kerajaan kononnya media asing berniat jahat kepada kita (ya, macam ayat kerajaan Malaysia tahun 90an dulu) [1]

Saya nak ingatkan pemimpin kerajaan hari ini bahawa, dalam berdepan dengan portal ekonomi yang berpengaruh seperti ini, jangan cepat sangat melabelkan mereka sebagai bias atau salah.

Terutama apabila kritikan balas kita itu (refutation) sebenarnya tidak menjawab apa-apa persoalan berkenaan kedudukan ‘kukuh’ ekonomi negara. Sebagai contohnya, Tony Pua dan Ong Kian Ming (Timbalan Menteri MITI) gagal menafikan bahawa ekonomi kita semakin bergantung kepada minyak, gagal menafikan bahawa defisit belanjawan kita semakin membesar berbanding tahun sebelumnya, gagal menafikan bahawa pertumbuhan KDNK Malaysia semakin merosot sejak PH memegang kuasa dan gagal menafikan bahawa harga crude oil yang lebih rendah akan menyebabkan kehilangan hasil negara pada kadar yang signifikan [2]

Yang ditonjolkan cumalah kesilapan isu teknikaliti yang tidak memberi sebarang faedah atau keyakinan kepada pelabur asing.

Apa yang sepatutnya dilakukan adalah, Tony atau Ong Kian Ming mesti berhubung terus dengan Bloomberg, meminta slot wawancara dengan media tersebut atau yang setaraf dengannya (Reuters, Financial Times) bagi memberikan maklumat balas terhadap kritikan penganalisis ekonomi lainnya.

Awak ingat pelabur asing ni baca ke Malay Mail dan Malaysiakini? Nak syok sendiri boleh lah. Kalau Bloomberg buat gila serang kita balik macammana?

Dan kritikan itu sebenarnya ada asas kukuh. Apabila anggaran pendapatan negara gagal dicapai bilamana harga minyak mentah gagal mencapai paras sasaran, maka kerajaan akan kekurangan hasil dan defisit akan membesar. Apabila hasil kurang, perbelanjaan terpaksa dijimatkan dan komitmen bayaran balik bon yang telah dilanggan pelabur akan mula diragui. Pembangunan juga akan menjadi perlahan menyebabkan kitaran ekonomi tersekat sekaligus mengakibatkan aliran tunai dalam negara menjadi lebih kecil.

Aliran tunai yang mengecil akan menyebabkan perniagaan merosot dan saham2 di dalam BSKL yang berkaitan kehilangan ‘x factor’ untuk dibeli / disimpan oleh pelabur bagi tujuan dividen. Akhirnya, orang pakat jual macam hari ini. Harga saham jatuh. Bila harga saham jatuh, maka syarikat2 terlibat pula akan kehilangan nilai dan akan mengurangkan projek swasta yang memberi impak kepada pekerjaan di peringkat bawahan. Dividen GLC seperti TH, Khazanah, PNB, LTAT yang melabur dalam pasaran saham juga akan mengecil dan menyebabkan kuasa beli pendeposit / rakyat semakin kurang.

Ini circle ekonomi asas. Tapi awak semua duk gatal ratib GST dan 1MDB yang rosakkan ekonomi negara. Bercakap fakta sekerat jalan. Yang menyokong pun duk pakat mengulang fantasi sama.

Ini yang orang Melayu sebut. Berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi.

—-
Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Rujukan:

[1] https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/04/19/pua-bloomberg-tvs-interview-with-ubs-official-biased-based-on-wrong-facts/1744846

[2] https://m.malaysiakini.com/news/472911