BN Akan Tampilkan Calon Terbaik – Tiada Had Umur dan Tidak Kira Berapa Kali Pernah Menjadi Wakil Rakyat. - pakdin.my

Tiada had umur dan tidak kira berapa kali calon pernah menjadi wakil rakyat.

Itu kriteria calon ditampilkan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Yang penting – menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak – keupayaan calon membawa kemenangan cemerlang kepada BN.

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK / PERDANA MENTERI

“Istilah winnable candidate boleh merangkumi semua tak kira muda atau tua. Tak kiralah dia punya umur, berapa kali jadi wakil rakyat, tak kira recycle ke tak recycle. Yang penting winnable candidate supaya yang penting kita nak Barisan Nasional menang dengan cemerlang pada masa akan datang”.

Datuk Seri Najib yang juga pengerusi BN, berucap pada perjumpaan dengan 500 ahli Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia, Mubarak, di Seri Perdana siang tadi.

Mengakui persaingan pada pilihan raya umum akan datang semakin sengit, beliau menegaskan – BN tiada pilihan selain menampilkan hanya calon terbaik.

Sambil meminta semua pihak tidak memandang mudah cabaran itu – Perdana Menteri meminta calon muka baru dan lama, berganding bahu memastikan kemenangan BN.

Disamping itu, beliau juga mahu pemimpin peringkat negeri dan bahagian memberi tumpuan kepada pengukuhan struktur parti.

Serta melihat kepada kumpulan sasar dan menjalin hubungan strategik dengan badan bukan kerajaan, NGO yang mampu mempengaruhi kejayaan BN.

 

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK / PERDANA MENTERI

“Kumpulan-kumpulan ini termasuklah NGO yang disebutkan sama ada NGO baru ataupun NGO tertentu yang sudahpun sedia wujud seperti PIBG umpamanya. Jangan lupa kumpulan lain yang bukan Islam, bukan Melayu yang wujud tak kurang juga bilangannya”.

UTAMABERITABN Akan Tampilkan Calon Terbaik - Tiada Had Umur dan Tidak Kira...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium