BN Guna Pendekatan Tersendiri Untuk Selamatkan Malaysia Daripada Krisis Ekonomi - pakdin.my

Kesan Perkembangan Luaran Kepada Ekonomi Malaysia
Kesan Perkembangan Luaran Kepada Ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 3 April  — Barisan Nasional (BN) sentiasa melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan Malaysia daripada krisis ekonomi global menerusi pendekatan tersendiri.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir berkata urus tadbir ekonomi BN yang mantap dapat dilihat menerusi angka terbaru pertumbuhan keluaran dalam negeri kasar sebanyak 5.6 peratus yang dicatatkan pada 2012.

Beliau menambah ini bukan masanya untuk memberi peluang kepada pihak lain, yang tidak mempunyai rekod cemerlang, walaupun berjaya mentadbir negeri sendiri.

“Atas harapan itu, kita lihat bahawa rakyat memahami bahawa dalam PRU 13 ini pun Barisan Nasionallah yang paling layak dan mampu untuk terus mendaulatkan negara ini dengan ekonomi yang kukuh, persekitaran yang sentiasa aman, harmoni, yang juga diharapkan oleh setiap rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Forum Halal Dunia 2013.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan BN membuat pelbagai pembaharuan kepada negara melalui transformasi ekonomi dan kerajaan.

“Konsep 1Malaysia telah membawa satu pemikiran baharu yang memberi kesedaran kepada kita mengenai perlunya kita bekerja kuat. Selain itu, ia juga memberi fokus terhadap prestasi,” katanya.

Mustapa berharap rakyat Malaysia akan menggunakan pencapaian tersebut sebagai asas yang penting untuk memastikan negara terus maju dan merealisasikan usaha menjadi negara berpendapatan tinggi pada 2020.

UTAMAEKONOMIBN Guna Pendekatan Tersendiri Untuk Selamatkan Malaysia Daripada Krisis Ekonomi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium