BN Harus Manfaat Ruang Siber Tangkis Dakyah Pembangkang

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Kemarin, tersangka preman di Jakarta Utara dan Jakarta Barat ditangkap

Jakarta (ANTARA) - Sejumlah berita seputar kriminalitas Jakarta terkait...

KISAH ANTI-VAKSIN, ISU PERDANA MENTERI BARU DAN HARAPAN KEPADA YDP AGONG

1. Anti vaksin jadi kambing hitam. Itulah yang mula...

Kim Jong Un label K-Pop sebagai ‘barah mudarat’

PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menuduh K-Pop...

限行令延长警方继续设路障·韩沙:接受14日到期通行信

内政部长拿督斯里韩沙再努丁指出,由于政府已延长限行令3.0两周,警方会继续接受将于14日届满的关键领域通行信函,直至28日。

Healthcare Assistant In The UK Steals Dead Patient’s Bank Card To Buy Snacks

A healthcare assistant, Ayesha Basharat was caught stealing an...

SocialMediaGEORGE TOWN: Kerajaan Barisan Nasional (BN) disaran memanfaat ruang siber sebagai medium menangkis dakyah pembangkang yang bijak memanipulasi maklumat bagi menanam persepsi negatif di kalangan masyarakat.

Pensyarah kanan dan penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM)Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata ‘cybertrooper’ pro kerajaan perlu menjadi peserta aktif, bukan sahaja dalam ruang blog atau laman web mereka sendiri, malah di ruangan komen portal berita supaya persepsi masyarakat terhadap dasar kerajaan dapat diperbetul.

“Portal berita seperti Free Malaysia Today, Malaysiakini dan Malaysian Insider menjadi rujukan popular. Namun kadangkala ulasan atau komen yang diberi pembaca bertujuan memanipulasi persepsi umum mengenai sesuatu perkara dan ini perlu ditangkis serta merta,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program bual bicara ‘Kemunculan Media Baru dalam Konteks Malaysia Masa Kini dan Kesan Kepada Masyarakat’ anjuran Jabatan Penerangan Pulau Pinang.

Beliau turut menyaran pengendali media alternatif pro kerajaan menjadi lebih kreatif dalam menyalur dan mengolah maklumat agar mudah dicerna serta diterima orang ramai, terutama generasi muda. Dalam program bual bicara hampir dua jam itu, Sivamurugan turut menyelar pengguna siber yang cuba menjadi wartawan tidak bertauliah dengan memanipulasi isu sensasi serta mengeluarkan pendapat masing-masing tanpa mengira sensitiviti atas nama hak kebebasan bersuara.

“Mereka ini menulis tanpa etika, keterbatasan undang-undang dan hasil ‘karya’ mereka tidak melalui proses penapisan sewajarnya. Ini boleh menimbulkan kekeliruan kepada pembaca,” katanya.

Beliau berkata fakta yang dipesong, terutama dilakukan atas kepentingan politik, boleh mengganggu proses memahami situasi sebenar sesuatu keadaan dan menimbulkan suasana tidak tenteram di kalangan masyarakat.

Sehubungan itu, Sivamurugan menggesa pengguna siber menjadi individu lebih bertanggungjawab dalam menyuarakan pandangan tanpa menggugat keharmonian pelbagai kaum di negara ini.

“Dalam ruang maya, ada maklumat yang salah dianggap benar, begitu juga sebaliknya. Kerana itu, perlu ada kematangan dalam menyalur pendapat. Seseorang individu perlu melalui transisi untuk mencapai kematangan dan yang pastinya, ia diperoleh dari pendidikan dan rasa tanggungjawab,” katanya.

BACA juga:

Leave a Reply