BN Mahu Guan Eng Perjelas Pelaburan RM3.14 Bilion - pakdin.my

pulau-pinang-menjunamBarisan Nasional (BN) Pulau Pinang mahu Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberi penjelasan berhubung pelaburan bernilai RM3.14 bilion untuk projek ‘Taman Elektronik Pulau Pinang’ di Kawasan Pembangunan Ekonomi dan Teknologi Wuhu, China.

Ketua Penerangan Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri, H’ng Khoon Leng berkata projek yang dimeterai sejak Jun 2011 antara kerajaan negeri yang diwakili Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman dengan Timbalan Setiausaha Daerah Wuhu, China, Pan Chaohui.

“Kita mahu tahu maklumat mengenai projek itu, tiada langsung maklumat, rakyat perlu tahu mengenai pelaburan yang dibuat, selain itu kita juga mahu tahu kemajuan projek itu setakat ini kerana ia telah dua tahun berlalu.

“Kita juga mahu tahu berapakah peratusan pelaburan yang dibuat oleh kerajaan negeri untuk projek ini,” katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau juga sekali lagi mempersoalkan prinsip ‘Cekap, Akauntabiliti dan Telus’ (CAT) kerajaan negeri yang dilaung-laungkan selama ini kerana ketua menteri sendiri tidak menjiwai prinsip itu dalam pentadbirannya dan sering menyembunyikan maklumat yang perlu disebarkan kepada rakyat.

“Banyak projek-projek yang gagal dan tidak dimaklumkan kepada rakyat, kita mahukan ketelusan maklumat daripada kerajaan negeri,” katanya.

H’ng menjelaskan projek ‘Taman Elektronik Pulau Pinang’ akan dijalankan oleh Anhui Hua Hong Investment Sdn Bhd dengan kerjasama kerajaan negeri Pulau Pinang, bertujuan supaya China dapat menghasilkan produk menggunakan teknologi canggih seperti telefon bimbit, komputer, skrin sentuh dan sistem sekuriti komputer.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin berkata sokongan padu akan diberikan kepada Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow yang menerima cabaran Lim untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

“Pemuda Umno akan beri sokongan padu kepada Teng dan mengalu-alukan hasratnya untuk bertanding dengan Lim di kawasan yang mempunyai komposisi kaum yang pelbagai, di situlah nanti akan terbukti siapa yang menjadi pilihan rakyat.

“Inilah masanya untuk Lim buktikan bahawa beliau tidak mengamalkan politik perkauman, sekiranya beliau enggan maka beliau sememangnya mengamalkan politik perkauman,” katanya.

UTAMAEKONOMIBN Mahu Guan Eng Perjelas Pelaburan RM3.14 Bilion

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium