Statistik Corona

Malaysia
2,185,131
Confirmed
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm
Malaysia
1,968,538
Recovered
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm
Malaysia
191,434
Active
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm
Malaysia
25,159
Deaths
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm

Malaysia

Malaysia
2,185,131
Confirmed
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm
Malaysia
1,968,538
Recovered
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm
Malaysia
25,159
Deaths
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm

Indonesia

Indonesia
4,208,013
Confirmed
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm
Indonesia
4,023,777
Recovered
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm
Indonesia
141,467
Deaths
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm

Thailand

Thailand
1,561,638
Confirmed
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm
Thailand
1,422,907
Recovered
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm
Thailand
16,268
Deaths
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm

Global

All countries
232,377,389
Confirmed
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm
All countries
207,277,956
Recovered
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm
All countries
4,759,066
Deaths
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm

BN Mahu Manfaatkan Bandar Malaysia, Tetapi Kerajaan Selepasnya Bertindak Sebaliknya – Najib

Perjanjian bagi penjualan 60% kepentingan dalam projek Bandar Malaysia dengan harga RM7.41 bilion kepada syarikat usaha sama 60%-40% Malaysia-China dibuat masa Pakatan Harapan (PH) telah terbatal dan ini kali kedua penjualan kepada pembeli yang sama terbatal.

Menurut bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu juga pernah membatalkan penjualan tersebut pada tahun 2017 kerana percaya ianya lebih berbaloi bagi Malaysia untuk memanfaatkan keuntungan dari projek milik 1MDB yang pernah bernilai sebanyak RM140 bilion ini.

“Tetapi kerajaan PH jual semula kepada pembeli yang sama walaupun pernah tuduh projek ini adalah antara bukti saya jual negara kepada China.

“Lalu PM (Perdana Menteri) 4/7 jelaskan bahawa jual semula dan ianya tidak lagi jual negara sebab dia tersilap sebelum PRU14 (Pilihan Raya Umum 14) bahawa pembeli majoriti adalah China tetapi selepas dia kaji, dia dapati sebenarnya pemegang saham majoriti merupakan syarikat dan kerajaan Malaysia. (Takde pulak dia mohon maaf pada saya atau rakyat Malaysia sebab dia “tersalah faham” sebelum PRU14),” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Ulasnya lagi, sebelum ini beberapa penganalisis pernah mengira bahawa kerajaan berpotensi mengaut keuntungan sebanyak RM90 bilion dari projek ini dan sebab itu beliau berhasrat untuk kerajaan membangunkannya.

“Namun projek Bandar Malaysia tidak lagi bernilai begitu banyak hari ini setelah kerajaan PN (Perikatan Nasional) batalkan projek keretapi laju HSR Malaysia Singapura pada awal tahun ini sebab stesen terminus HSR yang ditempatkan di Bandar Malaysia merupakan antara daya tarikan terbesar projek,” tambah bekas Menteri Kewangan itu lagi.

Malangnya kesal Najib, Kerajaan PN bukan sahaja membatalkan projek HSR yang mampu membawa kepada nilai ekonomi sebanyak RM500 bilion bagi tahun-tahun mendatang, mereka juga telah jahanamkan nilai RM140 bilion bagi projek Bandar Malaysia.

“Siap perlu bayar pampasan RM300 juta kepada kerajaan Singapura pulak. Perancangan kerajaan BN masa saya PM dahulu ialah kita bangunkan projek Bandar Malaysia untuk mengaut keuntungan RM92 bilion.

“Kita gunakan RM60 bilion daripada RM92 bilion untuk biayai sepenuhnya kos projek HSR. Maksudnya, kerajaan masih mampu simpan keuntungan RM32 bilion selepas membina projek HSR dengan “percuma” untuk memberi impak ekonomi RM500 bilion pada negara.

“Tapi nasi sudah jadi bubur. Keuntungan RM32 bilion hilang. Satu mercu tanda kejayaan ibukota Malaysia tidak menjadi. Sistem keretapi HSR yang juga akan memudahkan warga negeri-negeri selatan melayang,” kata Ahli Parlimen Pekan itu.

Begitu juga katanya impak ekonomi RM500 bilion yang akan merancakkan ekonomi negara serta pembangunan negara masa depan dan menyediakan ratusan juta peluang pekerjaan baharu turut lesap.

“Negara-negara jiran seperti Thailand dan Indonesia pula teruskan projek-projek keretapi laju mereka masing-masing.

“Cuma Singapura satu-satunya sahaja yang tiada projek keretapi laju sebab entah mahu landasan itu nak pergi ke mana dalam pulau itu,” katanya. – UMNO ONLINE

Berkaitan