BN masih relevan menang PRK Chini, kata Zahid

Kemenangan enam kali dalam pilihan raya kecil (PRK) termasuk yang terbaru di PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini malam tadi membuktikan Barisan Nasional (BN) masih relevan dan diterima oleh rakyat.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata lambang dacing (BN) tidak lagi diterima rakyat terbukti tidak benar.

“Saya yakin enam PKR ini (selepas Pilihan Raya Umum ke-14) jelas memberikan suatu bukti bahawa BN bukan sahaja masih relevan tetapi mempunyai masa depan cerah jika parti komponen serta sokongan Muafakat Nasional dapat membawa kejayaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

“Apatah lagi sekarang kita menyokong Perikatan Nasional. Kombinasi ini juga menyumbang kejayaan (kemenangan) selain pengundi Chini sendiri mahu kesinambungan perkhidmatan BN,” kata presiden Umno itu kepada pemberita selepas pengumuman rasmi keputusan PRK Chini di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan, dekat sini, malam tadi.

BN sebelum ini menang PRK Parlimen Cameron Highlands, DUN Semenyih, DUN Rantau, Parlimen Tanjung Piai dan Parlimen Kimanis.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pekan, yang juga Ketua Umno Bahagian Pekan, Datuk Seri Najib Razak berkata walaupun berhadapan dengan dua calon Bebas, namun jentera Muafakat Nasional tidak memandang ringan tentang saingan itu.

“Kemenangan ini menunjukkan BN dan Muafakat Nasional mendapat sokongan kukuh dalam kalangan pengundi sehingga dua calon Bebas hilang deposit.

“Saya anggap ini kemenangan ini sebagai kemenangan pengundi DUN Chini kerana mereka inginkan wakil rakyat yang boleh berkhidmat dan teruskan pembangunan di kawasan mereka selain mahu masa depan yang lebih baik dan terjamin,” katanya.

PRK DUN Chini menyaksikan calon BN Mohd Sharim Md Zain, 41, menang dengan majoriti 12,650 selepas memperoleh undi 13,872. Pencabarnya iaitu dua calon Bebas, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, meraih 1,222 undi dan Mohd Shukri Mohd Ramli, 49, hanya mendapat 137 undi, menyebabkan kedua-duanya hilang deposit.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan formula calon muda yang diketengahkan membuahkan hasil dengan majoriti besar yang diperoleh oleh BN.

Katanya selain faktor calon muda, Mohd Sharim sudah dikenali oleh segelintir besar penduduk DUN Chini kerana aktif dalam pelbagai persatuan belia selain kerap membantu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sebelum itu, Allahyarham Abu Bakar Harun.

“Tapi sudah pasti kita sendiri mahu mengetengahkan calon muda untuk menjadi pelapis kepada perjuangan parti.

“Selain itu, faktor pengundi muda yang berusia antara 21 hingga 39 tahun lebih 55 peratus di DUN Chini menjadikan beliau calon yang tepat,” katanya.

Selain itu, Wan Rosdy juga menyifatkan kerjasama jentera BN yang turut disokong oleh PAS berdasarkan semangat Muafakat Nasional dan juga Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atas kerjasama Perikatan Nasional sebagai faktor utama kemenangan Mohd Sharim.

PRK DUN Chini diadakan ekoran kematian Abu Bakar, 60, pada 7 Mei lalu di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung. Abu Bakar menjadi wakil rakyat kawasan itu sejak Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU11) pada 2004.

Sokongan PAS itu boleh dilihat apabila Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Pekan, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim, yang tewas kepada Abu Bakar pada PRU14, menjadi penyokong kepada Mohd Sharim pada hari penamaan calon 20 Jun lepas.

Mohd Fadhil Noor berkata sokongan PAS adalah keputusan pimpinan parti itu supaya akar umbi menyokong calon BN menerusi kerjasama dalam Muafakat Nasional.

“Kita bagi sokongan padu dan bersatu untuk beri komitmen terhadap calon BN dan inilah hasilnya,” katanya. — Bernama

Berita berkaitan

SPR Cipta Rekod Tempoh Umum PRK Paling Panjang

Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 2 November manakala pengundian awal akan diadakan pada 12 November, katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bagi membincangkan tarikh-tarikh penting bagi PRK berkenaan di ibu pejabat SPR di sini, hari ini.

Bubar Parlimen & PRU semula, ini respon Peguam Negara

Penubuhan tribunal ini berikutan representasi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa enam ahli SPR itu harus disiasat dan sekiranya didapati bersalah, mereka boleh dipecat menurut Perkara 114(3) dan 125(3) Perlembagaan Persekutuan atas syor tribunal itu.

[Video] Cukup-cukuplah 22 bulan wahai rakyat Malaysia – Ahmad Maslan

Dato Ahmad Maslan ketika berkempen di Pilihan Raya Kecil DUN Chini mengingatkan pengundi 22 bulan dibawah pentadbiran Pakatan Harapan. Antara lain beliau berkata... "22 bulan Agama...

Saingan 3 penjuru di PRK Chini

AKHIRNYA terjawab siapakah calon-calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini pada 4 Julai ini. PRK yang pertama kali dengan kebiasaan baharu...

#PRKSandakan: Projek diumum Guan Eng telah diluluskan oleh pentadbiran BN sebelum ini

Kita menghargai keputusan Pakatan Harapan meneruskan projek pembangunan yang dirancang pentadbiran lalu.

#PrkDUNChini: Calon Bebas ‘menjerit’ pun suara tak sampai tapi BN ‘bisik’ sahaja selesai – Ahmad Maslan

Pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini diseru memilih Barisan Nasional (BN) kerana sudah terbukti BN mampu menyelesaikan permasalahan rakyat. Setiausaha...

[Video] #PrkDUNChini: Ziarah Kasih Calon bersama Ahli parlimen Pekan

Ziarah Kasih Calon bersama Ahli parlimen Pekan yang juga pengerusi lembaga penasihat Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kg Salong, Chini serta...

Chini pilih Adun baharu hari ini dengan kebiasaan baharu

Pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini berlangsung hari ini, dengan proses pemilihan wakil rakyat baharu DUN itu dilaksanakan dengan...

#PRKTanjungPiai: Sokong calon BN

Saya tak kata melayu seseorang itu memiliki semua ciri-ciri yang tersenarai di atas --- mungkin a few, mungkin satu sahaja atau mungkin none of the above. Mungkin ada sebab-sebab lain juga. Saya cuma kata dia tidak semestinya racist.

[Video] #PrkDUNChini: PH bertindak zalim terhadap Orang Asli

Pakatan Harapan telah bertindak zalim terhadap masyarakat orang Asli. Memang tak ada Harapan bersama PH. https://youtu.be/zJhGi5ZHKTk
... ..

Terkini

Germany says Russian Covid-19 vaccine has not been sufficiently tested

BERLIN German Health Minister Jens Spahn on Wednesday said Russia's Covid-19 vaccine had not been sufficiently tested, adding the aim was to have a...

Hate Speech (and a bit of a Rant)

Nampaknya Fesbuk mendapati post saya mengenai cara orang Cina boleh menunjukkan bagaimana mereka terlalu angkuh dan sombong sebagai 'hate speech'. Dan mesej ini dari seorang...

Siasat Tun M, LGE dan Tommy

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menggesa siasatan terhadap salah guna kuasa rentetan daripada pendedahan YB Dato’ Takiyuddin Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal...

Rasuah punca premis haram dilindungi di Sg Buloh – SPRM

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan tiga pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Cawangan Sungai Buloh kerana dipercayai mengutip dan...

Lelaki didakwa bunuh pensyarah UIAM

SEORANG lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Sepang, hari ini, atas tuduhan membunuh seorang pensyarah sebuah universiti awam, yang juga isterinya, di satu lokasi berdekatan...

Perbelanjaan naik taraf Stadium Shah Alam libatkan kos RM250 juta – MB Selangor

Kerajaan negeri Selangor masih meneliti kerosakan yang berlaku di Stadium Shah Alam sebelum mengeluarkan perbelanjaan yang sepatutnya untuk proses menaik taraf venue berkenaan. Menteri Besar...

Dr Mahathir, Tommy Thomas dan Guan Eng tipu rakyat

KUALA LUMPUR : Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz hari ini mendedahkan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas pernah berhasrat untuk menyelesaikan...

Warisan sedia kerjasama dengan parti baru Tun Mahathir

TAWAU — Parti Warisan Sabah (Warisan) sedia bekerjasama dengan parti baharu yang diumumkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Presidennya Datuk Seri Mohd...

Australian man charged with bribing Malaysian official to secure sale of MARA’s Dudley House

Australian federal police have charged one of its citizens for allegedly bribing a Malaysian government official to secure the sale of a multi million-dollar...

Kluster Sivagangga: Enam sekeluarga di Kulim dibawa ke hospital

Enam orang dari sebuah keluarga di Kulim yang dipercayai positif COVID-19 diambil pasukan Covid Kementerian Kesihatan (KKM) kira-kira jam 6 petang tadi. Kesemua mereka dipercayai...

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Projek JUAL NEGARA oleh Rejim PH dah settle – jom kita bersorak dengan gembira

Dalam rundingan. Ramai yang minat. Sabar. Tapi mesti kasi settle. Syarikat lapangan terbang Malaysia Airports Berhad ada jual tak?

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

Mukhriz jual 72,600 saham dalam Opcom

Berikutan penjualan itu, Mukhriz, pemegang saham utama dalam syarikat itu, kini hanya memegang 34.89 juta saham atau 21.64 peratus kepentingan, kata Opcom dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Terowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa?

Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat...