BN Pastikan Kebajikan, Keperluan Rakyat Dipenuhi Jika Dapat Mandat Semula -TKM Sabah - pakdin.my

Barisan Nasional akan memastikan kebajikan dan keperluan rakyat dipenuhi jika mendapat mandat untuk mentadbir negara pada pilihan raya umum akan datang, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin hari ini.

Katanya, pemberian pelbagai bantuan, termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), merupakan usaha berterusan kerajaan bagi meringankan beban rakyat, sekaligus memberi peluang kepada rakyat memperbaiki ekonomi keluarga.

“Sejarah membuktikan BN sentiasa mengambil langkah terbaik dalam menjaga kebajikan rakyat.

“Bagaimanapun, BN perlukan mandat daripada rakyat bagi membolehkan segala usaha terus dilaksanakan,” katanya ketika merasmikan majlis Penghayatan 1Malaysia Zon Meruntum di Putatan dekat sini.

Yahya juga berkata negara semakin membangun sejak ditadbir oleh BN dan akan memastikan pencapaian tinggi untuk rakyat, khususnya dalam merealisasikan hasrat untuk menjadi negara berpendapatan tinggi.

UTAMABERITABN Pastikan Kebajikan, Keperluan Rakyat Dipenuhi Jika Dapat Mandat Semula -TKM Sabah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium